Sunday, May 25, 2008

Yang Terbuku diHati 7..

Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Bakrah, beliau berkata:

“Seorang lelaki memuji seseorang di sisi Rasulullah SAW kemudian Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Engkau telah memotong leher sahabatmu. Barang siapa yang memuji saudaranya dengan tidak dapat dielakkan juga, maka hendaklah dia berkata: Aku menilai si polan. Dan Allah SWT yang menjadi penilai yang sebenar, seseorang tidak boleh menyucikan seseorang melebihi Allah SWT.”


Satu permulaan yang mengejutkan semua peserta kem tersebut iait ketibaan aku disurau menepati masa..Hari ketiga yang menajubkan..adakah aku sudah bersedia untuk menjadi peserta yang berdisiplin..itulah pertanyaan yang aku agak bermain diminda semua orang...masih terlalu awal untuk membuat tafsiran terhadap perubahan aku.."kejap ja tu nanti dia jadi balik la perangai dia tu..abis ja tazkirah kami menuju ke dorm bersiap dengan pakaian seragam hijau tentera lengkap dengan kasut "but".prap!prap!prap! bunyi bila kami berjalan....
abis ja bersarapan kami menuju ke padang kawad untuk mengambil bekalan yang akan digunakan sepanjang survive kami di hutan..
"ai awal mamat ni siap"suara sumbang girl dalam group aku..aku buat tak dengar..hmm dia ingat suara dia slow ka..arahan diberi kepada kami untuk buat senaman ringkas..abi selesai semua pun bertolak..
100 meter semua masih steady...
500..ada dah yang merungut.."jauh lagi ka,huhu dah la beg ni berat..kang tergolek kat sini kang"suara perempuan.."ala sabar ja la..depan lagi tu..aku agak ja la..tak kan dah penat kut baru ja kita berjalan.."suara laki menjawab..
1000..."ai..tak sampai lagi ka..ish bukan kata perempuan laki pun bleh pengsan..dah la beg berat nak mampuih"group laki mula merungut..
"hehe aku pula steady get ready..aku dah biasa dengan kegiatan lasak..so semua tu tak beri kesan dekat aku".."aduh,penatnya..alamak botol mineral terlupa ambil lak..huhu haus sangat nii"budak cun group aku mengeluh..kebetulan aku ada dibelakang dia.."nah ambil air mineral fard..nak abiskan pun tak kisah"aku berkata sambil menghulurkan botol mineral.."tima kasih"ucap dia kepada aku.."tak pa hal kecik ja tu"aku pun jalan sambil menoleh kearah group aku, takut ada yang pengsan nanti..
aku ingat dalam 1200 meter kami berehat kejap iaitu 15minit..laluan yang kamu selusuri ialah jalan berbukit tu yang memenatkan diorang semua tu..aku pun makan bekalan yang aku bawa..aku melihat sekeliling kalau aku dapat melihat insna yang menaruh hati aku..dah dua hari aku tak melihat kelibat dia.."oo..patutla sibuk sembang ngan rakan baru dia dari sek agama kedah"..rakan perempuan la..
perjalanan diteruskan dalam jaeak 500 meter baru la kami tiba di tapak perkemahan.."wau cantiknya ada air terjun"..kami pun bekerjasam untuk memasang khemah..khemah lak khas untuk penggunaan komando..1 helai kain digantung untuk lindung dari hujan atau embun dan 1 lagi dihampar untuk dijadikan tempat tido..
"semua peserta diminta berkumpul ditapak lapang yang diarahkan"bunyi pembesar suara..
"sekarang waktu tengahari..time makan..disini ada kompas dan petunjuk setiap kumpulan..untuk pengetahuan itulah bahan2 yang akan digunakan kamu untuk memasak..kalau kamu dah jumpa kamu dikehendaki memasak sendiri.sedap or tidak itulah yang akan menjadi makanan tengah hari dan malam kamu..dengar atau tidak..dan kamu boleh mulakan sekarang"..
kumpulan aku pun bergegas mencari makanan berdasarkan petunjuk yang diberi..hasil kerjasama yang diberikan semua ahli group aku..kami berjaya menjadi kumpulan pertama menjumpai makanan..16 ekor ikan,garam,kunyit,mancis.beras,kopi,minyak,gula,sayur dan kobis..tak sangka lak ada hadiah misteri iaitu telur dan kicap...
selepas semua bahan itu dah "diproses"..sesi memasak pun bermula.."alamak cam mana nak masak nasi ni,kang silap masak kang jadi mentah lak"ahli perempuan ingin memulakan perbincangan dengan ahli lelaki.."tak pa,biar fard yang masak semua,husaini dan mi leman bantu aku kat sini..yang len pergi masak air,,jangan bagi air mentah sudah"aku dengan senyum sinis menyatakan niat aku untuk membantu group aku.."boleh ka..kang semua kena puasa tengahari ni"ahli perempuan yang agak cun..aku lupa nama dia.."kali ini aku mintak kamu semua memberi kepercayaan kepada fard"..""tak pa aku percaya dia boleh"ketua kumpulan kami memberi kepercayaan kepada aku..
aku pun buat ungun api,nasi aku rendam sejap supaya lembut aku..ikan aku gaul dengan kunyit dan garam.."hehe nasib baik aku da bawak cili yang aku "rembat"dari kantin kem "..
maka siap la makanan tengahari kami iaitu ikan masak kicap bercili,sayur kobis dan nasi yang masak dengan sempurna..mi leman pun panggil group aku untuk menjamah air tangan masakan seorang lelaki.."hehe sedap gak fard masak..tima kasih fard"yang bantah aku nak masak tadi memberikan pujian.."hmm aku rasa dah dapat kembali kepercayaan diorang dekat aku"ujar aku didalam hati..sambil makan aku rasa ada sepasang mata asyik menjeling kearah aku..rupanya mata itu kepunyaan group aku bernama herlina yang paling cantik dalam group aku..dia lah yang aku beri mineral dalam perjalanan tadi..bila aku menoleh kearah dia,dia berpaling kearah lain..
selepas semua makan kami pun berehat dan tidur sekejap,kami tak solat sebab dah buat jama' sebelum bertolak kemari..kami dibenarkan bawa dua helai pakai saja..satu yang kami pakai satu lagi untuk jadi spare bila pakaian tu basah bila kami mandi..
cburr!.durm!..bunyi bila group laki mandi yela semua mandi ada yang terjun tiruk,dah yang melompat dan berbagai aksi lagi yang ditujukkan kaum lelaki..
matahari pun dah terbenam maka kegelapan malam pun bermula...kawasan khemah kami hanya diterangi lilin dang ungun api yang kami buat..aku tanggal baju dan salin pakaian kering..baju seragam hijau tu aku letak ditepi api supaya cepat kering..sebab setiap aktiviti dijalankan dalam hutan semua kena berpakaian seragam tersebut..
selepas makan malam group aku berbual-bual sesama mereka..aku agak mungkin untuk mengeratkan lagi persahabatan yang baru terbina dalam 3 hari ini..Aku pulak cam biasa la mengasingkan diri sambil mendengar bunyi lagu alam semulajadi...
aku perasan yang herlina curi memandang aku bila ada kesempatan..tapi dia coverline supaya aku tak perasan..hehe aku dah tahu tapi buat tak tahu...
abis berbual,kami pun balik ke khemah masing-masing untuk melelapkan mata..badan dah letih..apalagi letak ja kepala dialas dengan beg kemudian ZZZzzz...
semua peserta dah diulit mimpi sebab keletihan..petua tak bagi hiking gunung tak letih minum air garam sedikit...maklum la menempuh perjalanan jauh pagi tadi..kroh!krroh!bunyi dengkuran di kebanyakan khemah-khemah...

"semua peserta diminta bangun dan berpakaian seragam berkumpul di kawasan urusetia dalam masa 10 minit dari sekarang"kedengaran siren yang membingitkan telinga.."ish depa ni gila ka wat program pukul 3 pagi"aku memandang jam tangan aku..aku besiap dan menuju ketempat yang diarahkan.."ish mana ahli kumpulan aku ni..mesti kena denda lak sat gi".."fard!mana ahli yang lain"tanya penyelia kumpulan aku.."diorang sedang bersiap tuan"jawab aku..
"oleh kerana kamu lewat semua kumpulan ni diminta berendam dalam air selama 10 minit"kata itu dikeluarkan bila semua ahli kumpulan aku tiba area urusetia.."terima kasih kawan-kawan"sindir aku dekat mereka..semua menunduk mungkin malu kut..hehe memulangkan buah paku keras kepada mereka..dulu sindir aku sangat..tak bedisiplin,tak bertanggungjawab...sambung

No comments: