Monday, October 15, 2012

SYURGA DUNIA.. :)

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah menciptakan langit dan pasangannya bumi...yang menciptakan daratan yang pasangannya lautan...dan yang yang menciptakan suami pasangannya sang isteri... Maha suci Allah yang telah mencampakkan benih2 cinta pada hati manusia untuk mencari ketenangan serta kebahagian dengan mencari teman hidup yang mampu membina syurga dunia... Hari ini bertarikh 16/10/2012 alhamdulillah hari yang bermakna kerana pada tarikh inilah kami memeterai janji untuk menjalinkan ikatan yang diredhai Allah...Sudah 2 tahun usia perkahwinan kami... Sepanjang 2 tahun perkahwinan kami walaupun kelihatan masih muda perkahwinan kami, pelbagai dugaan yang kami lalui.. Tapi alhamdulillah semuanya dapat kami hadapi dengan doa dan restu ibu bapa serta yang paling penting memohon keberkatan dari Allah dengan menjadikan ikatan ini sebagai ikatan yang dapat memacu kami semakin dekat dengan Rabbul Izzati serta dengan Ikatan ini kami mampu melahirkan zuriat yang mampu memberi sumbangan yang besar terhadap dunia Islam...Insyaallah...
Alhamdulillah sepanjang 2 tahun bertatutnya ikatan dua hati ini, kami telah pun dikurniakan seorang permata hati... AUFA AMANI nama diberi yang bermaksud ketenangan yang setia...ya...memang seindah namanya...dialah permata hati kami yang mengisi kekosongan hati kami dan menceriakan hati dan hiudp kami dengan keletah serta senyum tawanya sehari-hari.... Alangkah indahnya dan bahagianya sebuah pernikahan yang berpaksikan keimanan dalam menjadikan Allah sebagai tujuan utama kehidupan.. Ilahi antalmaqsudi...wa redho mathlubi...

Friday, March 16, 2012

Munajat Cinta Seorang Zaujah....



Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.


Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan kami dengan redamu,
Jadikanlah kami Zauj & Zaujah yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.


Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin Allahumma Amiin……


Ya Allah…
Dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu,
Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini tanpa naungan reda dan maghfirah-Mu,
Kami tahu, amat berat bagi kami untuk menggerakkan bahtera rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami,

Kerana itulah, kami datang memohon rahman dan rahimMu.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan,
bukannya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan,
bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelamkan dalam kesesatan.
Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjukMu.

Terangilah jalan kami dengan sinar taufikMu,
Sekiranya Engkau berkenan menganugerahkan nikmatMu atas kami,
bantulah kami untuk banyak berzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu.
Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia,
Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.


Ya Allah…
Indahkanlah rumahtangga kami dengan kasih sayang dan rahmatMu,
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu,
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redai.


Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami,
pertautkan hati kami,
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan dan kebahagiaan,
Selamatkan kami dari kegelapan,
Jauhkan kami dari marabahaya yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amin Allahumma Amiin……

~far_honey~

AUFA AMANI... Our precious princess



Saat hadirmu memancar cahaya hidupku
Wajahmu bersih tulusi awan suci
Terpana terpesona lirikan matamu...

Airmata menitis tanpa bicara
Hati membisik syukur pada ilahi
Tercipta bahagia cinta dua jiwa

Engkau lah permata engkaulah cahaya
Moga tuhan merahmatimu
Tulus kasih buat anakku
Hiasan dunia paling indah buat walid
Engkau ratu hati didalam hati ibu
Itulah Aufa yang setia
Amani ketenanganku...

PEMAKAIAN TANGKAL..APA HUKUMNYA?

Pada satu ketika, sepuluh orang datang untuk memberi janji taat setia kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda menerima janji dari kesemua 9 orang kecuali seorang. Baginda ditanya, kenapa enggan menerima janjinya? Baginda menjawab:“Sesungguhnya padanya ada tangkal.”
Lalu orang tersebut memasukkan tangan ke dalam bajunya, mengeluarkan sebuah tangkal dan membuangnya. Melihat tindakannya itu, Rasulullah s.a.w. menerangkan:
“Sesiapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia (berbuat) syirik.” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5065 dengan sanad yang hasan].

Berdasarkan hadis tersebut, dapatlah kita fahami bahawa sesungguhnya perbuatan memakai tangkal itu adalah bertentangan dengan syarak dan ianya perlu dipandang serius.Bukan sesuatu yang janggal sekiranya rata-rata orang hari ini masih mengamalkanya.

Tangkal adakalanya disebut sebagai azimat. Kedua-duanya memiliki maksud yang hampir sama. Kamus Dewan mendefinisikan tangkal sesuatu yang digunakan untuk menolak bala seperti penyakit, hantu, jin dan lain-lain. Azimat pula adalah bahan yang terdiri dari tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh seperti di pinggang yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengisyaratkan tentang azimat dan hukumnya. Kata Ibnu Mas’ud: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّماَئِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

“Sesungguhnya jampi-jampi, azimat-azimat, dan guna-guna adalah syirik.”
(HR. Imam Ahmad di dalam Musnad 1/381, Abu Daud di dalam Sunan-nya 7/630, Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak 4/217, 418, At-Tabrani di dalam Al-Kabir 10503, dan Al-Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubra 9/350)

Sama ada tangkal atau azimat, ia tidak akan mendekatkan manfaat atau menjauhkan mudarat bagi orang yang memakainya. Bahkan ia menjauhkan manfaat dan mendekatkan mudarat. Ini kerana mendekatkan manfaat atau menjauhkan mudarat dapat diperoleh dengan merujuk terus kepada Allah s.w.t..

Menggunakan tangkal sebagai “jalan tengah” tidak akan memberi apa-apa faedah. Rasulullah s.a.w. menyifatkan penggunaan tangkal sebagai:
“Sesiapa menggantung tangkal maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya) dan sesiapa menggantung cengkerang siput maka Allah tidak akan mententeramkan baginya (dengan siput tersebut).” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5064 dengan sanad yang hasan].

Dalam satu riwayat lain Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang ada ikatan di tangannya, baginda bertanya: “Apakah ini?” Lelaki itu menjawab: “Aku menjadikannya sebagai pelindung daripada sejenis penyakit.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tiadalah ia menambah bagi kamu kecuali kelemahan. Lemparkan ia daripadamu, kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di atasmu, tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya (sehingga ke Hari Akhirat).” [al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, hadis no: 5067 dengan sanad yang hasan].

Pemakaian tangkal di tubuh badan sebagai penghalang makhluk halus atau penyakit boleh dikategorikan kepada 2:

1. Menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang, kayu atau bahan2 lain yang dikatakan berhikmah. Para Ulama tidak ada khilaf untuk MENGHARAMKANNYA kerana ia boleh menjerumuskan seseorang ke arah syirik.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal), maka Allah tidak akan menjaganya.Barangsiapa yang menggantungkan tamimah(tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

2.Menggantungkan tangkal yang bahannya adalah ayat Al-Quran. Para ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakannya HARAM dan ada yang mengatakannya HARUS.

Gol. yang MENGHARAMKANNYA ialah: Ibn Abbas, Huzaifah, Ibnu Mas'ud,sebahagian ulama Syafie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal(salah satu riwayat drpdnya)

HUJAH mereka pemakaian tangkal boleh menyebabkan seseorang gilang pergantungan kepada Allah dan bergantung harap pada tangkal tersebut sedangkan tawakal atau pergantungan seseorang hamba hanyalah kepada Allah sahaja semata-mata.

Gol. yang MENGHARUSKAN pemakaian tangkal ayat Quran pula ialah: Abdullah bin Amru bin Al-As, Abu Jaafar Al-Baqir, dan Imam Ahmad Ibn Hanbal(salah satu riwayat drpdnya)

HUJAH mereka ialah sahabat Rasulullah pernah berbuat demikian kepada anak-anak mereka yang belum dapat menghafaz Al-Quran.

Di antara dua pendapat ini, yang lebih selamat ialah tidak boleh. Antara sebabnya adalah, jika kita memperhatikan hadis-hadis di atas yang melarang penggunaan tangkal, Rasulullah s.a.w. tidak membezakan sama ada tangkal tersebut dijampi dengan apa. Sebaik sahaja baginda mengetahui seseorang itu menggunakan tangkal, baginda terus melarangnya. Bahkan menghukumnya sebagai satu perbuatan syirik.

Dalam hadis-hadis sahih yang lain, baginda banyak mengajar jampi-jampian yang menggunakan al-Qur’an, zikir dan doa sebagai pelindung dari penyakit dan perbuatan dengki orang lain. Akan tetapi dalam hadis-hadis tersebut, baginda tidak mengajar agar jampi-jampian itu dilakukan ke atas tangkal. Sebaliknya hendaklah orang yang inginkan perlindungan membaca sendiri jampi-jampian dengan kefahaman dan penghayatan. Agaknya mengapa Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sedemikian?

Sebabnya mudah sahaja. Sekali pun dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa, orang yang memakainya akan tetap memiliki keyakinan bahawa yang memberi manfaat dan menjauhkan mudarat ialah tangkal itu sendiri dan bukannya Allah. Keyakinan sebegini adalah syirik. Orang-orang yang memakai tangkal, apabila ditanya “Kenapa anda memakai tangkal?”, nescaya dia menjawab: “Ini hanya sebagai sarana, yang sebenarnya melindungi saya ialah Allah!” Jawapan ini hanya benar di bibir, tidak di hati.

jika anda memiliki seorang rakan yang menggunakan tangkal dengan alasan seumpama di atas, cuba anda mencari jalan untuk mengambil dan menyembunyikan tangkalnya. Nescaya anda akan dapati rakan tersebut menjadi kelam kabut mencari tangkal itu. Jika dia tidak menemuinya, tentu dia akan menjadi resah, hilang keyakinan diri, serba ketakutan, risau tak menentu dan pelbagai lagi sikap negatif. Semua ini menjadi bukti bahawa yang diyakininya sebagai pelindung ialah tangkal dan bukannya Allah. Ini kerana jika dia menjadikan Allah sebagai pelindung, nescaya dia akan tetap seperti biasa kerana mengetahui Allah sentiasa melindungi para hamba-Nya selagi mana para hamba tersebut meminta perlindungan dari-Nya. Oleh itu, pendapat yang selamat ialah tidak menggunakan tangkal sekali pun ia dijampi dengan al-Qur’an, zikir dan doa.

Pemberi manfaat dan penjauh mudarat yang sebenar ialah Allah s.w.t. dan kita dapat memperolehnya secara terus tanpa perlu kepada apa-apa benda sebagai perantara mahu pun sarana. Penggunaan tangkal adalah sesuatu yang agak lazim di kalangan masyarakat. Jika anda memakainya, maka buanglah ia sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis di atas. Jika anda mengetahui ahli keluarga atau rakan-rakan lain yang memakainya, jangan sekadar bermain ujian menyembunyikannya, tetapi nasihatkanlah mereka untuk membuangnya.

dalam hadis marfu’ dari Abdullah bin ‘Ukaim Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

من تعلق شيئا وكل إليه

“Barang siapa yang menggantungkan sesuatu (dengan anggapan bahawa barang tersebut bermanfaat atau dapat melindungi dirinya), maka Allah akan menjadikan orang tersebut selalu bergantung kepadanya.” (HR. Ahmad dan At Tirmizi)


Imran bin Husain radhiallahu’anhu menuturkan bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melihat seorang lelaki memakai gelang, kemudian baginda pun bertanya:

ما هذه ؟، قال : من الواهنة، فقال : انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدا

“Apakah itu? Lelaki itu menjawab: “Gelang penangkal penyakit”, lalu Nabi bersabda: “Lepaskan gelang itu, kerana sesungguhnya ia tidak akan menambah kecuali kelemahan pada dirimu, dan jika kamu mati sedangkan gelang ini masih ada pada tubuhmu maka kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”
(HR. Imam Ahmad)

HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU DAN BERKUASA UNTUK MELINDUNGI MANUSIA DARIPADA SEGALA-GALANYA