Friday, July 16, 2010

PUISI BUAT IBU....


Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai

Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah

Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan


Ibu……
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….
Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..

Monday, July 12, 2010

Rumahtangga yang bahagia dan diredhai..


Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengharapkan mahligai yang dibina akan berkekalan selama- lamanya selagi nyawa dikandung jasad..namun hakikat tidak semuanya seindah apa yang kita impikan...

penceraian pada masa kini ibarat BARAH yang semakin hari semakin merebak dan menanah dalam masyarakat kita..dan penceraian tidak pernah mengenal erti usia...ada pasangan yang baru sehari hidup sebagai suami isteri, sudah mengembil keputusan untuk berpisah dan ada juga pasangan yang sudah berpuluh tahun lamanya hidup bersama akhirnya berpisah juga...

kehidupan dalam berumahtangga ibarat membina rumah di tepi pantai...ada masa kita akan merasa nyaman...dan ada masanya kita akan gelisah bimbang2 di datangi ombak besar...begitulah kehidupan berumahtangga...ada masanya kita akan merasa termata bahagia disisi pasangan kita...dan adakalanya kita akan merasa seolah dibebani sesuatu yang amat berat...namun kita harus berpandangan dan fikiran positif. Walau berat mana pun ujian dalam berumahtangga, itulah syarat yang perlu kita sabar tempuhinya kerana dibalik ujian itu ada kebahagiaan yang menanti....

dalam pelayaran berumahtangga..perlu ada pelbagai bekalan bagi menjamin kehidupan yang bahagia..yang utama adalah Iman dalam hati pasangan...Iman adalah teraju utama yang akan menentukan arah pelayaran rumahtangga kita...barangsiapa yang mendirikan rumahtangga dan menyandarkan pada Allah S.W.T, maka akan berbahagialah pasangan itu semana bahagianya ADAM dan HAWA...Sedangkan ADAM dan HAWA pernah diuji dalam kehidupan rumahtangga mereka, apatah lagi kita ini manusia biasa...

Disini diselitkan antara beberapa tips dalam kebahagiaan rumahtangga :

1. Berkongsi tanggungjawab
-Fahamilah tanggungjawab masing-masing dan prihatinlah terhadap pasangan. Sama -sama dalam menguruskan rumahtangga dan tidak sama sekali bersikap melepaskan diri dan hanya memandang sepi tanpa membantu pasangan dalam rumahtangga. Memang benar suami itu ketua keluarga namun ia tidak bermakna si suami tidak boleh membantu isteri dalam menguruskan rumahtangga. Jadilah seperti Muhammad S.A.W yang sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati isteri-isteri baginda dan baginda tidak pernah malu dan selalu ringan tulang dalam membantu isteri-isterinya menguruskan rumahtangga.

2. Pasangan teman teristimewa
-Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
-Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
-Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
-Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
-Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
-Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

8. Hubungan seks
-Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
-Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
-Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

UJIAN ITU BUKAN BEBANAN TAPI ADALAH SATU BATU LONCATAN DALAM MEMPEROLEH RAHMAT DAN IANYA ADALAH HIKMAH...

Sunday, July 11, 2010

Bangunlah di sepertiga malammu....


Nabi SAW pernah bersabda:

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.

solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Solat tahajjud merupakan kehormatan bagi seorang muslim, sebab mendatangkan kesihatan, menghapus dosa-dosa yang dilakukan siang hari, menghindarkannya dari kesepian di alam kubur, mengharumkan bau tubuh, menjaminkan baginya keperluan hidup, dan juga menjadi hiasan surga.

Selain itu, solat tahajjud juga dipercaya memiliki keistimewaan lain, dimana bagi orang yang mendirikan sOlat tahajjud diberikan manfaat, iaitu keselamatan dan kesenangan di dunia dan akhirat, antara lain wajahnya akan memancarkan cahaya keimanan, akan dipelihara oleh Allah dirinya dari segala macam marabahaya, akan mendapatkan perhatian dan kecintaan dari orang-orang yang mengenalinya, dibangkitkan dari kuburnya dengan wajah yang bercahaya, diberi kitab amalnya ditangan kanannya, dimudahkan hisabnya, berjalan diatas shirat bagaikan kilat.

BERIBADATLAH SELAGI DIBERI NAFAS PADA SETIAP NYAWAMU.....