Friday, May 30, 2008

ReNUngaN buat INSan BErnama ISTERI

jangan biarkan suami anda berwasiat seperti ini seblemu ajal menjemputnya pulang ke rahmatullah
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."









"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."


HidAyah Allah S.W.T

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-
Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga
seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "
cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung,
tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar
dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni,
walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa
lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus
mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada
yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah
itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil
lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-
rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke
rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat
perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya
yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa
yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia
berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...
saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya
dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi
saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang,
dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit
hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga
ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik
diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik
boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini
tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari
yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri
dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi
ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal
jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah
kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya
tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai
tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,
segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita
semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan
tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang
sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat
baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium
segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju
maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang
syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu
selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang
diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana
seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang
kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya
dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh
matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan
anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di
alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan
masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam
dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk
manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya
namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis
kerana hari itu Allah SWT murka...

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas
membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil
hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada
hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya
oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha
Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca
kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan
airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil
dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah
melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu
mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak
pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan
sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT
menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.

Thursday, May 29, 2008

FikirRLaH Wahai KAwanKU....

Masa juga menjadi sebab utama mengapa saya meninggalkan Friendster. Kebanyakkan orang memiliki alasan ini untuk meninggalkan Friendster. Seorang rakan saya, memberitahu bahawa semasa di zaman Friendsternya, secara purata dia menghabiskan 3 jam sehari melayari Friendster. Ya, 3 jam. Oleh kerana sehari ada 24 jam, maka dia menghabiskan 1/8 waktu hariannya di Friendster.

Saya pula dalam 1 jam sehari. Tapi apa yang saya dapat dalam 1 jam melihat profil sekian-sekian orang, yang kadang-kala tiada kaitan langsung dengan diri saya? Saya mungkin tidak mendapat dosa dengan melihatnya (belum tentu lagi), tapi saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang lagha dan tidak ada manfaat, baik bagi kehidupan dunia mahu pun akhirat. Kalau ada manfaat dunia, masih okay lagi, tetapi apabila saya memikirkan tiada langsung manfaat dunia dan akhirat, lebih bagus saya belajar buat roti canai.

Di dalam bab fiqh Islam, ada satu masalah furu' yang bersifat khilaf tentang hukum bermain catur. Para fuqaha berbahagi-bahagi pendapat tentang hukumnya. Pendapat majoriti fuqaha mazhab Hanbali adalah haram bermain catur, dan hukum haram ini adalah hukum paling kuat ataupun rajih di dalam mazhab Hanafi. Ada juga ulama yang mengelaskan hukum bermain catur sebagai jatuh dalam grey area. Malah ada juga ulama-ulama besar yang mengatakan harus hukum bermain catur. Dalam mazhab Shafi'i pula, hukum bermain catur tidaklah haram, cuma ia tidak digalakkan.2

Namun demikian, secara umumnya hukum pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh para fuqaha itu ada melibatkan konsep masa. Ulama-ulama ini bimbang kalau-kalau umat Islam terlalu asyik dan leka bermain catur. Para ulama adalah golongan manusia yang benar-benar memahami dan menghargai nikmat masa yang Allah kurniakan ke atas kita. Bagi mereka, satu saat yang digunakan secara sia-sia akan membuatkan manusia menangis dan benar-benar menyesal di hari Akhirat nanti.

Bayangkan, bagaimana agaknya kalau para ulama yang mengeluarkan hukum bermain catur itu masih lagi hidup pada hari ini, dan kemudiannya mereka melihat pemuda-pemudi Islam menghabiskan banyak masa mereka di Friendster, MySpace, X-Box, PS3, anime, soap opera, Yahoo Messenger, dan sebagainya? Ini realiti remaja Islam sekarang. Perjuangan Islam memerlukan tenaga orang muda. Adakah orang muda Islam hari ini mampu melakukan sehebat Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Istanbul (Constantinople) dari cengkaman Empayar Byzantine ketika usianya baru sahaja 21 tahun?

Saya sudah pun melepasi had umur 21 tahun, dan saya masih tidak melakukan sumbangan besar kepada Islam. Adakah anda mampu memecahkan rekod Sultan Muhammad al-Fatih, seperti dengan membebaskan kota Palestin dari rejim Zionis pada usia 20 tahun?

Mungkin itu terlalu besar bagi diri kita. Ibarat mahu mengumpul bintang-bintang di langit. Taqwa kita dan taqwa Sultan Muhammad al-Fatih besar bezanya. Taqwa yang lemah tidak mampu menggentarkan Zionis dan musuh-musuh Islam yang lain. Maka, kita beralih kepada sesuatu yang lebih kecil. Bolehkah kita pada hari ini, sekurang-kurangnya membaca setengah juzuk Al-Quran setiap hari? Angkat tangan siapa boleh!

Saya tahu, tak ramai yang mampu. Setengah juzuk Al-Quran hanya memerlukan kira-kira 30 minit untuk membacanya. 30 minit terasa seperti 30 jam apabila orang-orang yang berhati kotor membaca Al-Quran. Tetapi kita dengan mudah mampu melayari Friendster sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Aneh bukan? Mungkin ini ada kaitannya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Einstein. Satu petikan kata-katanya untuk menjelaskan teori relativiti yang kompleks ke dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam ialah:

"Put your hand on a hot stove for a minute, and it seems like an hour. Sit with a pretty girl for an hour, and it seems like a minute. That's relativity."


Agaknya pada hari ini, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa umat Islam, tanpa mereka sedari telah memiliki satu rumus paradigma: hot stove = Al-Quran, dan pretty girl = Friendster.


PERUBAHAN
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tentang Friendster. Tidak mengapa. Saya tidak paksa anda untuk meninggalkannya secara serta-merta. Sebab itu artikel ini bertajuk Kempen Menjauhi Friendster, dan bukannya Kempen Memboikot Friendster. Saya tidak syadid atau keraskan perkara ini kepada anda. Saya hanya syadid pada diri saya sendiri. Saya bimbang kalau-kalau saya ketagih Friendster, maka saya gunakan kaedah cold turkey3 untuk mengatasinya.

Bagaimana saya mampu untuk menghalang manusia dari menyertai komuniti sosial maya ini, sedangkan ia semakin menjadi budaya kehidupan manusia zaman moden? Pada tahun 2006, carian utama di Google adalah Bebo (tangga pertama) dan MySpace (tangga ke-2)4. Bebo juga merupakan satu lagi rangkaian sosial maya yang semakin meraih populariti masyarakat dunia. MySpace, Bebo, Friendster, dan lain-lain, adalah realiti hari ini.

Tapi percayalah, hati manusia itu sifatnya sentiasa berubah. Mungkin hari ini anda memandang Friendster itu sebagai sesuatu yang elok dan bermanfaat. Saya juga begitu satu ketika dahulu. Tetapi, apabila alam ini semakin mendewasakan saya, pandangan dan paradigma saya telah berubah. Sama ada kita sedari atau tidak, satu hari nanti kita pasti akan berubah dan menjadi semakin dewasa (hanya semata-mata anda berumur 40 tahun, itu tidak bermakna anda telah dewasa). Muhammad Ali, bekas jaguh tinju termasyhur di dunia pernah berkata:

A man who views the world the same at fifty as he did at twenty, has wasted thirty years of his life.



Satu hari nanti, apabila datang detiknya anda tiba-tiba terfikir untuk meninggalkan alam Friendster, maka janganlah ragu-ragu untuk melaksanakannya. Sedangkan pengasas Friendster sendiri, iaitu Jonathan Abrams juga telah meninggalkan Friendster, mengapa anda juga tidak boleh? Apa yang bezanya, selepas Jonathan Abrams meninggalkan Friendster, beliau telah melabur di dalam sebuah kelab malam di San Francisco, iaitu Slide. Dan kemudian mengasaskan satu lagi rangkaian sosial lain, dinamakan Socializr pada tahun 2006.

Jonathan Abrams mengasaskan Friendster dan Socializr dengan matlamat asalnya yang berbeza. Beliau mendapat idea menubuhkan Friendster setelah dia gagal dalam percintaan. Jonathan Abrams tidak boleh hidup tanpa kehadiran wanita di sisinya. Maka dengan kewujudan Friendster, ia akan membantu Jonathan Abrams untuk mencari teman wanita yang baru yang cantik5. Socializr pula diwujudkan dengan bisnes dan wang sebagai matlamat utama setelah Friendster memasuki zaman suramnya (yang akhirnya membawa kepada penarikan dirinya dari syarikat yang diasaskan olehnya ini).

Kita selaku umat Islam, janganlah setelah meninggalkan Friendster dan kemudian terlibat aktif pula di dalam MySpace! Kita umat Islam mesti memiliki pandangan hidup yang berbeza dengan mereka yang bukan Islam. Matlamat kita akhirat, bukan dunia. Dunia adalah alat, dan akhirat itu matlamat. Maka gunakanlah alat-alat yang ada di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, setelah kita menarik diri dari Friendster, fokuskan usaha kita pada perkara-perkara yang lebih membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Bak kata Sidi Ahmad al-Zarruq6 di dalam wasiatnya:

"Berkerjalah di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tetapi beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Renungkanlah

Petikan ni saya copy drpd yahoo
group...bile baca memang best dan
benar-benar menyentuh hati
saya...sekadar untuk berkongsi serta
mengingatkan diri sendiri..kerana
sebagai insan biasa kite sering
terlupa...we are not belong to
ourself...

Renungan buat yang sedang mencari
pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia
Biasa .......
(SUMBER: DARI MEMBER TERDEKAT SAYA)
Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin
menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu
memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula
dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat
menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini saya masih ingat setiap detail
percakapannya. Jawaban dari salah
seorang teman yang baru saja menikah.
Proses menuju pernikahannya
sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan
2 bulan. Kemudian membuat
keputusan menikah. Persiapan
pernikahan mereka hanya dilakukan
dalam
waktu sebulan saja. Kalau dia seorang
akhwat, saya tidak hairan.
Proses pernikahan seperti ini selalu
dilakukan. Dia bukanlah akhwat,
sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia jenis wanita yang sangat
berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat
dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah,
saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi
saya berdoa, semoga ucapannya
menjadi kenyataan. Saya tidak ingin
melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia
menyebutkan tarikh
pernikahannya. Serta meminta saya
untuk memohon cuti, agar dapat
menemaninya semasa majlis pernikahan.
Begitu banyak pertanyaan
dikepala saya. Sebenarnya.. ...!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu
mudah menerima lelaki itu. Ada
apakah gerangan? Tentu suatu hal yang
istimewa. Hingga dia boleh
memutuskan untuk bernikah secepat ini.
Tapi sayang, saya sedang sibuk
ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya
mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa kali dia menelefon saya untuk
meminta pendapat tentang
beberapa perkara. Beberapa kali saya
telefon dia untuk menanyakan
perkembangan persiapan pernikahannya.
That's all......Kami tenggelam
dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum
pernikahannya. Selama cuti itu
saya memutuskan untuk menginap
dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum
pernikahannya, baru kami dapat
berbual -
hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan
akad nikah besok pagi, sungguh
membelenggu kami. Pada awalnya kami
ingin berbual tentang banyak
hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual
berdua. Ada banyak hal yang ingin
saya tanyakan. Dia juga ingin
bercerita banyak perkara kepada saya.
Beberapa kali Mamanya mengetok pintu,
meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang
saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka
kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon
bilik dan menggantinya dengan
lampu yang samar. Kami meneruskan
perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak
kami lakukan. Kami berbual
banyak perkara, tentang masa lalu dan
impian-impian kami. Wajah
keriangannya nampak jelas dalam
kesamaran. Memunculkan aura cinta
yang menerangi bilik ketika itu.
Hingga akhirnya terlontar juga
sebuah pertanyaan yang selama ini saya
pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia
tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya sambil meraih HP dibawah
bantalku. Perlahan dia membuka
laci meja hiasnya. Dengan bantuan
lampu LCD HP dia mengais lembaran
kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu
menyerahkan sekeping envelop
kepada saya. Saya menerima HP dari
tangannya. Envelop putih panjang
dengan cop surat syarikat tempat calon
suaminya bekerja. Apa ni. Saya
melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia
malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik
keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih.
Hehehehehehe. ........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-
gelengka n kepala sambil menahan
senyum. Sementara dia cuma ketawa
melihat ekspresi saya.. Saya mula
membacanya.Saya membaca satu kalimat
diatas, dibarisan paling atas.
Dan sampai saat inipun saya masih
hafal dengan kata-katanya. Begini
isi surat itu…......

************ ********* *********
********* ********* *********
********* ********* *********
********* ********* *********
*********
********* ********* *********
********* ********* *******

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak
saya, calon menantu Ibu saya
dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Tapi saya mohon bacalah surat
ini hingga akhir. Baru kemudian
silakan dibuang atau dibakar, tapi
saya mohon, bacalah dulu sampai
selesai.

Saya, yang bernama ............ ...
menginginkan
anda ............ ... untuk menjadi
isteri saya. Saya bukan siapa-
siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat
masa ini saya mempunyai
pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah
kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha
mendapatkan rezeki untuk
mencukupi keperluan isteri dan anak-
anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan
saya tidak tahu apakah
kemudiannya akan terus menyewa
selamannya. Yang pasti, saya akan
tetap berusaha agar isteri dan anak-
anak saya tidak kepanasan dan
tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang
punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda
untuk mendampingi saya. Untuk
menutupi kelemahan saya dan
mengendalikan kelebihan saya. Saya
hanya
manusia biasa.. Cinta saya juga biasa
saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan
anda supaya membantu saya memupuk
dan merawat cinta ini, agar menjadi
luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti
dapat bersama-sama sampai mati.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh
saya. Yang pasti saya akan
berusaha sekuat tenaga menjadi suami
dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat
ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat
istiqarah berkali-kali, dan saya
semakin mantap memilih anda..

Yang saya tahu, Saya memilih anda
kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama
saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
tidak berani menjanjikan apa-apa, saya
hanya berusaha sekuat mungkin
menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah
dulu sebelum memberi jawaban pada
saya. Saya beri masa minima 1 minggu,
maksima 1 bulan. Semoga Allah
ridho dengan jalan yang kita tempuh
ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********
********* ********* *********
********* ********* ********* *** *
********* ********* *********
*** ***** ********* ***

Saya memandang surat itu lama. Berkali-
kali saya membacanya. Baru
kali ini saya membaca surat 'lamaran'
yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa
janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga. Surat cinta
biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya.
Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia
menjawab mantap. "Dia sedar
bahawa dia manusia biasa. Dia masih
punya Allah yang mengatur
hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha
tapi dia tidak menjanjikan apa-
apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang
akan terjadi pada kami kemudian
hari. Entah kenapa, justru itu
memberikan kesenangan tersendiri buat
aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya
hari ini belum tentu besok masih
ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku
tau bahawa dia tidak akan frust
kalau suatu masa nanti kami jadi
miskin.

"Ssttt...... .." Saya menutup
mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau
kami belum tidur. Terdiam kami
memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar
nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup
mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku
pula yang dimarahi Mama." Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak
boleh pejam. Percakapan kami
tadi masih terngiang terus ditelinga
saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab
tanpa menoleh padanya. Saya
ingin dia tidur, agar dia kelihatan
cantik besok pagi. Rasa mengantuk
saya telah hilang, rasanya tidak akan
tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan
saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiannya.
Sedar bahawa ada hal lain yang
mengatur segala kehidupannya. Begitu
juga dengan sebuah pernikahan.
Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh
ditiupkan dalam rahim. Tidak
ada seorang pun yang tahu bagaimana
dan berapa lama pernikahannya
kelak.

Lalu menjadikan proses menuju
pernikahan bukanlah sebagai beban
tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa
indah bila proses menuju
pernikahan mengabaikan harta, tahta
dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat
dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri
bukanlah dijadikan
pertimbangan yang utama. Pernikahan
hanya dilandasi kerana Allah
semata. Diniatkan untuk ibadah.
Menyerahkan segalanya pada Allah yang
membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan
hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu memudahkan segala urusan.
Hanya Allah yang mampu
menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan
Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya
Allah jua yang akan menjaga
ketenangan dan kemantapan untuk
menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu
proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian
merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan
indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh
kerana suami/isteri (belahan
jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua
manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta
yang luar biasa. Amin.

Wednesday, May 28, 2008

yakin Boleh

SaHaBAT DaN CInTA




Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri apabila kita susah. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya...dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.

Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:

"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu".

Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.

Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri, atau pun selfish. Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

Lain tempat tegak, lain barang yang nampak. Dunia dia dan dunia anda mungkin berbeza. Tapi tak mustahil anda dan dia mempunyai aspirasi yang sama. Lihat sahaja sejarah perkembangan Islam oleh Rasullullah di Mekah selama 13 tahun, dan di Madinah selama 10 tahun. Bagaimana caranya dalam tempoh 23 tahun itu, Rasulullah berjaya menyatukan penduduk tanah Arab yang terdiri dari pelbagai puak yang saling bercakaran dan dibelit pula dengan fahaman fanatik asobiyyah, menjadi satu ummah yang diikat kukuh dengan tali akidah kepada Allah yang satu?

Ini kerana mereka yang memeluk Islam itu memiliki aspirasi yang sama. Aspirasi mereka adalah untuk mencari keredhaan Allah, dan seterusnya mudah-mudahan mendapat balasan syurga dan terlepas dari azab api neraka. Dengan aspirasi inilah kaum Ansar sanggup mengorbankan apa sahaja demi menolong orang-orang Muhajirin. Ya, apa-apa sahaja, sehingga ada kaum Ansar yang mahu menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada orang-orang Muhajirin yang masih bujang. Kaum Ansar ini tidak gila, tetapi mereka telah benar-benar memahami konsep persaudaraan dan persahabatan yang hakiki.

Melalui aspirasi itu jugalah, umat Islam yang pada mulanya hanya ada seketul dua jumlahnya, akhirnya meningkat menjadi beratus-ratus ribu orang yang berpayung di bawah akidah tauhid yang sama. Seluruh tanah Arab berjaya di Islamkan. Ketika berlakunya Haji Wida' tahun 10 Hijrah, iaitu haji terakhir yang dihadiri oleh Rasulullah sebelum kewafatannya pada tahun 11 Hijrah, sekurang-kurangnya 120,000 orang telah bersama-sama Nabi mengerjakan haji tersebut. Kadang-kadang, amat aneh memikirkan bagaimana dalam tempoh 2 dekad sahaja, umat Islam di tanah Arab mampu mencapai tahap yang sangat gemilang. Dan saya percaya, ia adalah disebabkan aspirasi mereka yang sama. Dan aspirasi inilah yang mampu menjadi kunci untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di muka bumi ini.

Assalamualaikum w.b.t(sudut hati FrossTZ)


Aku masih mencari sesuatu didalam waktu.....YanG terBuku biaRlah menjadi yang TerSirat buat sementara..Ntah la...Disaat ini aku Gembira tapi hati kecilku kabur debgan sesuatu yang aku pun tak fahami...Aku cuba mencari sesuatu yang hilang dalam hidup aku...Pernah muncul satu persoalan..Hingga aku mengelilingi malaysia untuk mencari jawapan yang memuaskan hatiku..Sewaktu aku berkelana Seorang INsan yang aku anggap ulama dan mempunyai pertalian darah dengan aku berpesan"KAPAL YANG BELAYAR DI LAUTAN MESTILAH ADA NAKHODA YANG MENGENDALIKANNYA"..kenapa disaat ini baru aku Teringat pesanan itu...betulkah haluan yang aku pilih..Dalam bebarapa hari lagi aku akan menempuh satu pengalaman yang tak pernah aku fikir untuk merentasinya...tepatkah pilihan aku..SEbenarnya aku kecewa Dengan keadaan aku sekarang seolah setiap apa yang aku lakukan tiada lagi kemanisan dan "enjoy"....
hmm..bersedia gagal untul bersedia...Itulah kata keramat aku...Setiap perjalan pasti ada kepahitan sebelum berakhir kemanisan...Insyaallah..
APAKAH yang akan berlaku pada diri kita jika setiap hari tidak pernah ditimpa kesusahan? Wang yang banyak boleh membeli apa saja dimahukan, anak dan cucu hadir di sisi mengisi kekosongan hati dengan telatah mendamaikan jiwa, rumah besar dan aman daripada sebarang kejahatan, tubuh badan sentiasa cergas dan sihat, populariti disegani dan kedudukan tinggi di mata masyarakat. Semua serba sempurna tiada kecacatan dan kekurangan dirasai. Adakah keadaan sebegini baik untuk iman kita?

Keadaan terlalu selesa sebenarnya boleh membahayakan iman dan menjejaskan ingatan kita kepada keperluan bergantung pada kuasa Allah SWT. Mungkin jika harta sudah banyak terkumpul seseorang mudah lupa bagaimana menadah tangan dan melafazkan doa:

“Ya Allah SWT hindarkanlah aku daripada muflis di dunia dan di akhirat.”

Jika hidup sentiasa sihat dan cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya, memuaskan segala keinginan hati, suka bermalas-malasan, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dengan penyakit dan ajalnya. Dan jika kesenangan saja yang dirasa mungkin apabila sedikit ujian datang kita akan mengeluh, membenci dan marah dengan ketentuan Allah SWT.

Sama halnya dengan kemiskinan, sakit dan ujian kehidupan yang bermacam boleh menjadi perangsang meningkatkan iman atau pun sebaliknya mendekatkan kita kepada kekufuran.

Pernahkah hati kita berbisik, jika ujian kemewahan pun kita tidak kuasa menghadapinya apatah lagi jika kemiskinan yang ditakdirkan untuk kita, apakah akan terjadi dengan iman kita? Jika sihat masih suka mengeluh dan membenci peristiwa dijalani hari ini, bagaimana jika sakit tenat menunggu ajal?

Setiap mukmin mesti membuat persediaan rapi bagi menjaga imannya daripada hasutan syaitan dan penyelewengan hawa nafsunya sendiri. Kadang-kadang kita mencuba beberapa formula untuk menghidupkan iman tetapi kelalaian akan datang berulang. Mengapakah formula yang diamalkan itu tidak menjadi?
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

FriendSter MenArik teRmasuK Aku


assalamualaikum W.B.T

Sebab utama saya meninggalkan Friendster adalah demi menjamin kualiti sebuah ikatan persahabatan. Bagi saya, Friendster membuatkan saya kurang menghargai rakan-rakan, sama ada yang dekat atau jauh, yang mengelilingi diri saya. Sejak zaman turunnya Nabi Adam dari syurga, dan sejak manusia buat kali pertama tinggal di atas muka bumi, ikatan persahabatan tidak berfungsi seperti hari ini.

Di zaman mereka, persahabatan bermakna pertemuan dan perpisahan. Kadang-kala perpisahan itu ada pertemuannya sekali-sekala, dan kadang-kala terus lesap macam asap. Persahabatan hari ini, yang dibantu dengan teknologi Friendster menjadikan erti persahabatan itu sebagai sebuah pertemuan (dan sebuah pertemuan), dan tiada perpisahan. Akibatnya, persahabatan menjadi online 24 jam, 7 hari seminggu, walaupun seorang di benua Amerika, dan rakannya itu pula di benua Asia.

Bagi saya perpisahan (atau lama tak jumpa dan tahu khabar) menjadikan saya menghargai rakan-rakan yang ada. Saya dapat merasakan perbezaan ketara apabila bertemu dan berbual di dunia nyata dengan rakan yang ada di dalam senarai Friendster saya berbanding rakan yang tiada Friendster. Borak saya dengan rakan bukan Friendster, yang lama tidak berjumpa, adalah lebih bermutu dan menyeronokkan. Ini memandangkan saya tidak tahu langsung apa-apa tentang perkembangan dirinya. Jadi perbualan akan lebih menarik. Dan inilah dia persahabatan! Kamu bertemu, kamu berpisah, dan kemudian kamu bertemu lagi untuk bersembang hal-hal menarik sepanjang kamu berpisah.

Kalau kamu sudah tahu bahawa rakan kamu sudah berkahwin dan sudah ada anak, dan anda tahu berita gembira ini hanya dengan melihat profil Friendsternya, apakah tidak pelik dan janggal untuk bertanya kepadanya apabila bersua muka di alam nyata, "Eh, engkau dah kahwin ke?" Saya rasa tidak seronok mengetahui berita tentang rakan saya hanya dengan melihat profil dan gambar-gambar yang diletakkan di profil mereka. Memang faedahnya kita akan dapat mengetahui perkembangan terkini sahabat handai, tetapi adakah PERLU bagi kita untuk mengetahui perkembangan mereka pada setiap bulan, atau pada setiap minggu, atau pada setiap hari, atau pada setiap jam? Adakah perlu? Dan adakah ini menjamin kualiti dalam persahabatan?

KUALITI
Saya berpendapat persahabatan begini kurang kualitinya. Saya lebih rela lama tidak berjumpa kawan yang saya ada dan kemudian tiba-tiba berjumpa mereka 10 tahun di akan datang. Ini lebih menarik dan mengujakan. Berjumpa kawan, sama ada yang jauh atau dekat, tiap-tiap hari di Friendster adalah sesuatu yang sangat membosankan. Ada orang berhujah bahawa sebab utama dia menyertai Friendster adalah untuk mencari semula kawan-kawan lama.

Memang betul. Friendster meningkatkan kebarangkalian untuk bertemu semula dengan teman-teman lama. Selalunya, apabila mereka bertemu kembali dengan kawan lama di Friendster, mereka akan berasa sangat-sangat terkejut, terkesima, dan teruja. Ada juga rasa riang di dalamnya. Kemudian mereka saling bertukar-tukar testimonial dan mesej dengan sangat kerap.

Namun, kekerapan ini semakin berkurangan apabila masa semakin menuju ke depan. Testimonial yang pada awalnya saling bertukaran 2 kali sehari, akhirnya bertukar kepada sebulan sekali, dan akhirnya 3 bulan sekali. Dan apabila masa semakin lagi bergerak, testimonial yang pada dulunya memiliki aroma seperti "Eh, bestnya jumpa kau. Apa cerita kau sekarang..bla..bla..bla.. (panjang sangat nak tulis)", akhirnya berubah menjadi "Eh, kau ni memang la. Takkan setakat lalu aje kat profile aku. Alang-alang dah lalu tu, bagi la testimonial".

Di samping itu, perkembangan sahabat lama kita akhirnya tidak lagi diberitahu in-person. Sebaliknya kitalah yang perlu membuka profil mereka untuk mengetahui apa cerita mereka sekarang. Sounds familiar? Percayalah, dengan tidak memiliki Friendster, anda pasti akan menemui sesuatu yang lebih menarik dan mengujakan dalam setiap ikatan persahabatan yang terjalin.

Ketika ibu saya kecil, dia memiliki seorang rakan baik. Namun demikian, mereka berdua telah berpisah. Pada satu hari, kira-kira 40 tahun kemudian, ibu saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita. Wah, rupa-rupanya si pemanggil itu adalah rakan ibu saya sewaktu kecil! Dari mana dia dapat nombor telefon rumah saya, saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi, ada udang di sebalik batu rupanya.

Dia menelefon ibu saya untuk menjemput menghadiri kenduri kahwin anak lelakinya. Anak lelakinya adalah salah seorang anggota kumpulan rap yang sangat terkenal kira-kira 10 tahun dahulu (maaf saya rahsiakan nama kumpulan itu). Sebelum berlakunya kenduri kahwin itu, agak kerap juga ibu saya dan dia berbual di telefon. Selalunya dia yang akan menelefon ibu saya. Tetapi setelah perginya majlis itu, tidak pernah rasanya dia menelefon ibu saya. Apabila kakak saya kahwin pula, ibu saya menjemputnya datang, dan Alhamdulillah, jemputan itu berjaya ditunaikan olehnya.

Dan kemudian mereka berdua berpisah lagi. Sudah jarang menghubungi. Inilah persahabatan. Bertemu dan berpisah. Datang dan pergi.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Maka, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.


KESAN PSIKOLOGI
Kesan psikologi komuniti sosial maya mungkin masih belum kita rasakannya. Setakat pengetahuan saya, masih tiada lagi sebarang kajian ilmiah untuk mengkaji kesan Friendster, MySpace dan sebagainya kepada psikologi manusia. Saya cuma berteori, kesannya hanya dapat kita lihat kira-kira 20 tahun dari sekarang. Friendster adalah sesuatu yang baru dan ia masih lagi dalam proses bertatih. Belum pun lagi mencecah separuh dekad usianya. Friendster semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Semakin ramai orang yang lebih suka bersosial di Friendster dan Yahoo Messenger berbanding di alam nyata. Tidakkah ini berlawanan dengan fitrah manusia?

Kadang-kadang saya berasa aneh apabila melihat gelagat manusia yang begitu asyik melayan rakannya di komputer, sehingga rakan yang ada di sebelahnya dilayan acuh tak acuh (saya juga kadang-kala terjebak dengan perbuatan tak bagus ini). Pernah sekali saya memasuki bilik rakan saya. Di bilik itu ada 3 orang penghuni. Sebelum saya masuk, saya sangka tiada orang di bilik itu kerana senyap sunyi sungguh. Tiada suara manusia. Jika ada semut bersin, mungkin saya akan mendengar bersinan semut itu. Rupa-rupanya, masing-masing sibuk dengan internet, YM dan Friendster.

Inikah persahabatan yang kita mahukan? Persahabatan yang kurang menghargai sahabat yang ada di sebelah? Saya mahu sembang-sembang dengan mereka pun rasa teragak-agak memandangkan masing-masing sudah hanyut di internet. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk keluar sahaja setelah bertanya satu dua patah soalan yang dijawab secara sambil lewa.

Monday, May 26, 2008

YaNg TeEbUkU Di HaTi 8...

“Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)

itu la kadang kita selalu menilai orang terlalu cepat..kadang seseorang yang kita pandang dengan keburukan itu melebihi kita dalam soal kebaikan.."don judge book by its cover"...aku bengang kat diorang sebab semalam aku usaha nak keringkan baju yela kelmarin basah baju tu kena air...lepas kering pagi2 kena rendam dalam air mau aku tak 'panas'...tujuan diorang panggil kami berhimpun ialah aktiviti burung hantu akan diadakan pagi tu....dah la hutan ni tebal,gelap pastu bunyi air terjun dia kuat..huhu kuss semangat aku..badan pun letih lagi...mata kami semua ditutup..mereka mengarahkan kami pegang tangan satu sama lain...dibawa kami pergi dalam kedaan mata tertutup...susah la nak bergerak camni..
selepas itu seorang demi seorang ditinggalkan..macam suara aku dengar"takut..tak nak la"ish..kena dok sorang lak tuh""tuan tak mau..kami pakat2 sokong parti timbang'...hehe rupanya baru tau sapa penakut dan sapa berani..dah sampai giliran aku ditinggalkan.."kamu tunggu sini,jangan bergerak dari tempat ini serta tidur..faham!"
hehe..lepas semua bergerak pergi..aku pun tido la..ZZzzzzz..
"woii..bangun!"..."siap tido nyeyak lagi..lupa arahan saya ka dekat awak tadi.hah!"
aduii camna leh tak dengar diorang datang kat aku...kemudian sorang demi sorang dibawa ketapak khemah kami..."cis dekat ja rupanya..ingatkan jauh"kata aku kat ketua group aku..haha da yang masih menangis(girl) sebab takut..masing-masing menceritakan pengalaman sewaktu menjalani aktiviti berung hantu...last sekali giliran aku..gaya aku nak bercerita.."pengalaman dia..zero tak ada...sebab dia nyenyak tido..oleh itu kamu pumping 10x.."kata penyelia program burung hantu dekat aku..
"1,2,3,4,5,,6,7,8,9,10 dah abis tuan"..dah la baru ja hilang penat datang pulak penat lain lak..huhu...semua gelak ja tengok aku..pastu semua diarah pulang ke khemah masing2 dan ZZZZzzz..
pagi yang sejuk datang bersama kabus.hurm nyamannya..tenang rasanya..aku pun bersiap untuk pulang ke kem..kami diberi peta dan diminta berpandukan peta dan kompas untuk pulang ke kem..denai air terjun kami redah belukar kami masuk akhirnya sampai jugak ke kem..ada yang terhenjut-henjut..sampai gak ke kem..waktu tengahari kami menjamu selera di kem.."semua makan dengan penuh selera"mungkin kelaparan yang teramat sangat ye la sarapan pagi roti kering dengan air teh ja..abis ja makan kami balik dorm masing untuk merebahkan badan yang kepenatan...
malam tu kami diperkenalkan dengan fasalitator untuk progaram mentor mentee..mentor group aku namanya Kak suzana..bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah..orangya agak berisi sikit dan sentiasa murah senyuman..kami memperkenalkan diri masing..sampai giliran aku.."nama kamu fard kan..banyak saya dengar pasal kamu dari penyelia program kat sini"kata dia memandang tepat mata aku..
"cik suzana mesti dengar halyang burukkan mengenai sayakan?"..pertanyaan yang keluar dari mulut aku...dia hanya tersenyum...mengikut aturacara program ini kita diberi masa sejam untuk mencipta logo dan nama kumpulan ni..kamu diminta berbincang antara satu sama lain,dan kamu boleh meminta pendapat saya jika kamu mahukan,sila mulakan sekarang"arahan dia buat kami semua..
"apa kata nama group kita nama sejagat"mi leman mula memberi pendapat pertama.."hmm rasa tak nest la nama tu"bantah husaini.."kalau rumpun melayu,sebab matching dengan program kita kat kem ni"ahli perempuan pulak memberi pandangan..aku senyap ja dan tak minat nak babitkan diri dalam perbincangan tersebut.."hah..nama panji alam,sesuai jugak dengan kehidupan kita disini"..ramai yang mula menganguk setuju pendapat husaini.."fard..saya nak dengar pendapat kamu..tak kan diam ja dari tadi.."ujar kak suzana dia sedar yang aku tak menyertai perbincangan tersebut.."ish..saya setuju ja pendapat husaini"jawab aku.."erm..saya rasa tu bukan sifat kamu kan terus saja setuju..saya rasa sikap kamu sebaliknya"..aku senyum ja dan aku dapat rasa dia tahu bagaimana sikap orang jenis aku maklumlah orang kak suzana mesti arif dengan perangan seseorang berdasarkan pengalaman dia dan jawatan dia sandarkan.."silakan fard saya nak dengar dan jangan hampakan saya..plzz"permintaan dia..
"baiklah..oleh kerana silaturahim kita mula terjalin dan insyaallah semoga berpanjangan..bagi memahami maksud ikatan yang terjalin dan mengukuhkan lagi ikatan sedia ada saya cadang kan Nur Ikhwan(cadangan asal ikhwanul muslimin tapi aku ubah)bermaksud cahaya ikatan..moga dapat menyinari cahaya dalam persaudaraan sesama kita..selain itu berilah sedikit cahaya bila sesuatu perubahan yang berlaku buat saudara kita dalam merubahkan diri kearah kebaikan bukan kegelapan syak wasangka dalam perubahan pada diri seseorang itu..jadi saya cadangkan nur ikhwan"terang aku kepada group aku..
"bagaimana kalian semua setuju tak dengan pendapat fard"kak suzana sambil senyum kepada aku atas penerangan yang aku beri..pak,pak,pak..tepukan itu la jawapan atas pandangan aku tadi...nur ikwn belatar belakan dua bilah pedang,dikelilingi padi,diselaputi cahaya matahari..selepas itu semua bergerak ke dewan untuk perbentangan..
giliran group aku pun tiba..salah satu ahli aku yang digelar KU memberi penerangan tentang nama group dan logo group...kemudia sesi soal jawab bermula..macam soalan depa tanya..kadang rasa geram dan marah pun ada..satu soalan cepu emas ditimbulkan seorang pelajar dari agama kedah kalau tak silap aku dia nih dari kumpulan yang educated la group diorang sebab pelajar terbaik sek diorang join group tu.."pedang bukan lambang keganasan,padi selalu diserang perosak dan diagangu lalang bila sampai musim akan dituai..matahari akan hilang kegelapan malam so nur ikhwan ni macam tak kukuh,bila-bila masa boleh pecah..cuba beri penjelasan?"tepukan gemuruh untuk mengangu emosi serta psikologi group kami...
group aku mula berbisik"tu la pandai sabgat setuju pendapat dia la ni sapa nak jawab,malu la kita kalau tak leh jawab"ni leman menyalahkan depa sebab setuju dengan pendapat aku..mereka mula menolak satu sama lain untuk menjawab tapi pertanyaan itu masih tidak memuaskan bagi pihak yang bertanya..
aku ambil mic dari husaini.."assalamualaikum buat rakan-rakan saya disini..saya harap dapat memberikan jawapan atas pertanyaan tadi serta dapat memuaskan hati semua rakan2 saya sekalian dengan ilmu saya yang sedikit berbanding kalian semua..tentu semua maklum pedang bila difikirkan itulah senjata yang mempertahankan islam dimasa silam dari digangu gugat oleh para kaum kafir..pedang juga boleh dikiaskan sebagai lidah dengan ketajamannya dapat berhujah dengan golongan yang menafikan kebenaran dan menegakkan syiar islam..padi walupun sering digangu perosak dan dituai bila sampai musim menuai tapi itulah makanan kita untuk menjadikan kita bertenaga menunaikan kewajipan kita kepada allah.selain itu padi juga hidup dalam rumpun bukan hidup bersendirian...bila dituai pun sebab untuk menjadi manfaat manusia..matahri terbenam bila menjelang malam..itulah kehidupan manusia ada hari senang dan ada hari susah.itulah yang menjadi peringatan buat group nur ikhwan untuk bersedia dalam menempuh kehidupan didunia ini..yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya..kadang nak memuskan pertanyaan sesorang tu bukan senang..tapi itulah jawapan yang termampu saya cuba jawab..terima kasih"tepukan gemurun membingitkan suasana didalam dewan itu....sambung

Sunday, May 25, 2008

Yang Terbuku diHati 7..

Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Bakrah, beliau berkata:

“Seorang lelaki memuji seseorang di sisi Rasulullah SAW kemudian Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Engkau telah memotong leher sahabatmu. Barang siapa yang memuji saudaranya dengan tidak dapat dielakkan juga, maka hendaklah dia berkata: Aku menilai si polan. Dan Allah SWT yang menjadi penilai yang sebenar, seseorang tidak boleh menyucikan seseorang melebihi Allah SWT.”


Satu permulaan yang mengejutkan semua peserta kem tersebut iait ketibaan aku disurau menepati masa..Hari ketiga yang menajubkan..adakah aku sudah bersedia untuk menjadi peserta yang berdisiplin..itulah pertanyaan yang aku agak bermain diminda semua orang...masih terlalu awal untuk membuat tafsiran terhadap perubahan aku.."kejap ja tu nanti dia jadi balik la perangai dia tu..abis ja tazkirah kami menuju ke dorm bersiap dengan pakaian seragam hijau tentera lengkap dengan kasut "but".prap!prap!prap! bunyi bila kami berjalan....
abis ja bersarapan kami menuju ke padang kawad untuk mengambil bekalan yang akan digunakan sepanjang survive kami di hutan..
"ai awal mamat ni siap"suara sumbang girl dalam group aku..aku buat tak dengar..hmm dia ingat suara dia slow ka..arahan diberi kepada kami untuk buat senaman ringkas..abi selesai semua pun bertolak..
100 meter semua masih steady...
500..ada dah yang merungut.."jauh lagi ka,huhu dah la beg ni berat..kang tergolek kat sini kang"suara perempuan.."ala sabar ja la..depan lagi tu..aku agak ja la..tak kan dah penat kut baru ja kita berjalan.."suara laki menjawab..
1000..."ai..tak sampai lagi ka..ish bukan kata perempuan laki pun bleh pengsan..dah la beg berat nak mampuih"group laki mula merungut..
"hehe aku pula steady get ready..aku dah biasa dengan kegiatan lasak..so semua tu tak beri kesan dekat aku".."aduh,penatnya..alamak botol mineral terlupa ambil lak..huhu haus sangat nii"budak cun group aku mengeluh..kebetulan aku ada dibelakang dia.."nah ambil air mineral fard..nak abiskan pun tak kisah"aku berkata sambil menghulurkan botol mineral.."tima kasih"ucap dia kepada aku.."tak pa hal kecik ja tu"aku pun jalan sambil menoleh kearah group aku, takut ada yang pengsan nanti..
aku ingat dalam 1200 meter kami berehat kejap iaitu 15minit..laluan yang kamu selusuri ialah jalan berbukit tu yang memenatkan diorang semua tu..aku pun makan bekalan yang aku bawa..aku melihat sekeliling kalau aku dapat melihat insna yang menaruh hati aku..dah dua hari aku tak melihat kelibat dia.."oo..patutla sibuk sembang ngan rakan baru dia dari sek agama kedah"..rakan perempuan la..
perjalanan diteruskan dalam jaeak 500 meter baru la kami tiba di tapak perkemahan.."wau cantiknya ada air terjun"..kami pun bekerjasam untuk memasang khemah..khemah lak khas untuk penggunaan komando..1 helai kain digantung untuk lindung dari hujan atau embun dan 1 lagi dihampar untuk dijadikan tempat tido..
"semua peserta diminta berkumpul ditapak lapang yang diarahkan"bunyi pembesar suara..
"sekarang waktu tengahari..time makan..disini ada kompas dan petunjuk setiap kumpulan..untuk pengetahuan itulah bahan2 yang akan digunakan kamu untuk memasak..kalau kamu dah jumpa kamu dikehendaki memasak sendiri.sedap or tidak itulah yang akan menjadi makanan tengah hari dan malam kamu..dengar atau tidak..dan kamu boleh mulakan sekarang"..
kumpulan aku pun bergegas mencari makanan berdasarkan petunjuk yang diberi..hasil kerjasama yang diberikan semua ahli group aku..kami berjaya menjadi kumpulan pertama menjumpai makanan..16 ekor ikan,garam,kunyit,mancis.beras,kopi,minyak,gula,sayur dan kobis..tak sangka lak ada hadiah misteri iaitu telur dan kicap...
selepas semua bahan itu dah "diproses"..sesi memasak pun bermula.."alamak cam mana nak masak nasi ni,kang silap masak kang jadi mentah lak"ahli perempuan ingin memulakan perbincangan dengan ahli lelaki.."tak pa,biar fard yang masak semua,husaini dan mi leman bantu aku kat sini..yang len pergi masak air,,jangan bagi air mentah sudah"aku dengan senyum sinis menyatakan niat aku untuk membantu group aku.."boleh ka..kang semua kena puasa tengahari ni"ahli perempuan yang agak cun..aku lupa nama dia.."kali ini aku mintak kamu semua memberi kepercayaan kepada fard"..""tak pa aku percaya dia boleh"ketua kumpulan kami memberi kepercayaan kepada aku..
aku pun buat ungun api,nasi aku rendam sejap supaya lembut aku..ikan aku gaul dengan kunyit dan garam.."hehe nasib baik aku da bawak cili yang aku "rembat"dari kantin kem "..
maka siap la makanan tengahari kami iaitu ikan masak kicap bercili,sayur kobis dan nasi yang masak dengan sempurna..mi leman pun panggil group aku untuk menjamah air tangan masakan seorang lelaki.."hehe sedap gak fard masak..tima kasih fard"yang bantah aku nak masak tadi memberikan pujian.."hmm aku rasa dah dapat kembali kepercayaan diorang dekat aku"ujar aku didalam hati..sambil makan aku rasa ada sepasang mata asyik menjeling kearah aku..rupanya mata itu kepunyaan group aku bernama herlina yang paling cantik dalam group aku..dia lah yang aku beri mineral dalam perjalanan tadi..bila aku menoleh kearah dia,dia berpaling kearah lain..
selepas semua makan kami pun berehat dan tidur sekejap,kami tak solat sebab dah buat jama' sebelum bertolak kemari..kami dibenarkan bawa dua helai pakai saja..satu yang kami pakai satu lagi untuk jadi spare bila pakaian tu basah bila kami mandi..
cburr!.durm!..bunyi bila group laki mandi yela semua mandi ada yang terjun tiruk,dah yang melompat dan berbagai aksi lagi yang ditujukkan kaum lelaki..
matahari pun dah terbenam maka kegelapan malam pun bermula...kawasan khemah kami hanya diterangi lilin dang ungun api yang kami buat..aku tanggal baju dan salin pakaian kering..baju seragam hijau tu aku letak ditepi api supaya cepat kering..sebab setiap aktiviti dijalankan dalam hutan semua kena berpakaian seragam tersebut..
selepas makan malam group aku berbual-bual sesama mereka..aku agak mungkin untuk mengeratkan lagi persahabatan yang baru terbina dalam 3 hari ini..Aku pulak cam biasa la mengasingkan diri sambil mendengar bunyi lagu alam semulajadi...
aku perasan yang herlina curi memandang aku bila ada kesempatan..tapi dia coverline supaya aku tak perasan..hehe aku dah tahu tapi buat tak tahu...
abis berbual,kami pun balik ke khemah masing-masing untuk melelapkan mata..badan dah letih..apalagi letak ja kepala dialas dengan beg kemudian ZZZzzz...
semua peserta dah diulit mimpi sebab keletihan..petua tak bagi hiking gunung tak letih minum air garam sedikit...maklum la menempuh perjalanan jauh pagi tadi..kroh!krroh!bunyi dengkuran di kebanyakan khemah-khemah...

"semua peserta diminta bangun dan berpakaian seragam berkumpul di kawasan urusetia dalam masa 10 minit dari sekarang"kedengaran siren yang membingitkan telinga.."ish depa ni gila ka wat program pukul 3 pagi"aku memandang jam tangan aku..aku besiap dan menuju ketempat yang diarahkan.."ish mana ahli kumpulan aku ni..mesti kena denda lak sat gi".."fard!mana ahli yang lain"tanya penyelia kumpulan aku.."diorang sedang bersiap tuan"jawab aku..
"oleh kerana kamu lewat semua kumpulan ni diminta berendam dalam air selama 10 minit"kata itu dikeluarkan bila semua ahli kumpulan aku tiba area urusetia.."terima kasih kawan-kawan"sindir aku dekat mereka..semua menunduk mungkin malu kut..hehe memulangkan buah paku keras kepada mereka..dulu sindir aku sangat..tak bedisiplin,tak bertanggungjawab...sambung

Saturday, May 24, 2008

Yang Terbuku diHati 6...

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)



All for one,one for all...definasi ayat tu memang mudah difahami kebanyakan orang..ahli kumpulan aku nampak gaya cam tak puas hati dengan sikap aku yang sambil lewa terhadap soal disiplin dalam mematuhi peraturan masa yang ditetapkan...huhu pada hal aku cuba nak juga tepati masa tapi bagilah sedikit waktu untuk aku memperbaiki soal tu..plzzz..
"sebagai tanda fard respek kepada kumpulan 8..so dia ajak kamu bersama dengannya berlari mengelilingi padang ini 3 kali..cepat mulakan!"arahan penyelia kumpulan aku yang berlatarkan bekas ahli VAT69...
"setan punya budak"aku dengar perkataan tu agak perlahan terkeluar daripada seorang ahli wanita dalam kumpulan aku..aku jeling kearahnya..dia berpaling kearah lain seolah-olah takda apa yang berlaku.."ish dia ni memang dah benci tengok aku kut"kata aku dalam hati..
"ok,sudah selesai semua kamu menjalani denda kamu maka saya akan melantik salah seorang dari kamu sebagai ketua dan penolong ketua"kata penyelia group aku.."husaini kamu ketua(sek men agama kedah) dan fard sebagai penolong".."bantahan"kata ahli group aku serentak.."kami setuju husaini jadi ketua tapi penolong yang dilantik, kami bantah"mereka menyatakan tanda protes terhadap keputuasan tersebut.."muktamad!,dan bersurai"jawab penyelia dengan muka yang agak bengis..
"abis dah kumpulan kita..ish awat la mamat tu yang dipilih lak"mereka berbisik sesama mereka sambil berjalan menuju dorm untuk berehat..
disebelah malam hanya program ceramah mengenai nasib bangsa melayu serta cabaran yang akan ditempuhi menjelang 2020...tak ada apa yang menarik hendak aku cerita perjalanan program tersebut..Zzzzzz..

Hari ketiga kami diberitahu esok kami akan buat jungle tracking dan bermalam 1 malam didalam hutan tersebut..."yahooo...best siot"sambungan.....

Thursday, May 22, 2008

Yang Terbuku diHati 5...

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

(Q.S. Al-kahfi : 10)

Kem maran,pahang...nama tempat yang kami akan menjalani program tersebut...kami sampai kalau tak silap aku pukul 9 malam.."uiii jauh pedalaman rupanya tempat ni"..kami dijemput oleh pegawai yang bertugas disitu..."sila pergi lapor diri dekat meja sebelah sana tu"...tak berapa lama aku lihat sebuah lagi tiba.."oo ingatkan sekolah kami ja rupanya ada 1 lagi sekolah yang join program kami..sekolah ni sebelah utara gak..famous sekolah ni..SEKOLAH MEneNGAH AGAMa KEdah(semua student dia pandai2)...mereka pun daftar sekali dengan kami..."tudia aih..ramai yang cun2"..haha agak kuat suara aku sambil aku jelin dekat awekzz kawan2 aku.."ish awat muka hampa masam nih..haha tak kan takut pakwe hampa kena rampas kut....haha"..Depa semua ushar cam tak puas hati ja kat aku.."perhatian!! pelajar lelaki madrasah al-hidayah dan agama kedah diminta mengikut saya pergi ke dorm yang kamu akan menempatkan kamu".
...Sampai ja dalam dorm aku pun pilih tempat tidur dan locker untuk aku simpan barang2 aku..lepas tu ZZzzzzzz...
..Pagi esok kami diminta berkumpul didewan untuk penerangan aktiviti2 yang akan diadakan sepanjang kami berada disitu..selepas ja sarapan kami pun menuju kedewan tersebut..sesi penerangan pun bermula.."alamat..kes naya ni..adoii penyelia bekas komando lepas tu program semua fixed time..huhuhu mati la camni"..patutla HEP sekolah aku senyum ja bila aku nak pergi..
Hari pertama aku dah kena denda atas kelewatan dan TERtido semasa program dijalankan dalam dewan..Hampes lewat seminit pun kena...siap kena pumping lak tu...mau tak mau kena lkut jugak arahan depa...ye la dah la jauh kalau area kedah confirm aku cabut lari dah..hari pertama memenatkan badan aku..kami dibahagikan kumpulan mengikut cabutan kertas..alamak dalam kumpulan aku wakil dari sekolah aku 2 orang ja..aku dan penentang aku(ketua pengawas)ahhh..tensennya,..
hari kedua...
huhu dah la pagi dah kena bangun untuk solat subuh secara berjemaah...WAJIB PERGI."ah..solat kat dorm ja..aku angkat tilam bawa pergi ke satu longkang agak besar gak la aku tidur kat situ..Zzzz"..."Bangun!!!"sekali ngan simbahan air kemuka aku.."alamak kantoi lak"..lorr penyelia asrama yang kejutkan aku..ish ish camna la dia tau..besa la depa komando mesti dapat menghidu gerak geri "musuhnya"...selepas pumping aku diberi 5minit untuk bersiap untuk ke surau...tiba surau siap kena perli lagi huhu"ketibaan VVIP saudara fard"semua senyum sinis ja tengok muka aku..aku buat muka selamba ja..abis ja kuliah subuh kami diberi 15 minit siapkan diri 30 minit untuk sarapan selepas tu diminta pulak berkumpul di padang kawat..
satu kumpulan 8 orang 4 laki2 4 perempuan..."hahaha awekss dalam kumpulan aku kategori cun first level..kalaulah dia couple dengan aku cam beauty n the beast..
.kami diajar berkawad..kena denda lagi..ish..ish nampak gaya aku top level dalam hal kena denda ni...padan muka aku ketegaq sangat...
"alamak mamat ni join kumpulan kita lak..abis la kita semua"lasernya mulut minah dari sekolah agama kedah..."rasa cam nak kc penampor ja nasib baik dia cun"kata hatiku...
masin mulut dia bila kumpulan aku kena lari beramai-ramai..padan muka dia ngan aku sekali hahaha..
"lari-lari..terus lari..kena denda semua sekali.."lagi membakar kemarahan depa kat aku...one for all..all for one...sambung...

Wednesday, May 21, 2008

Yang Terbuku diHati 4...

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’


(sek form 1-->form 3)
...memori form 5 yang manis dalam hidup aku..hehe ketika itu aku berjaya mengorganize beberapa program seperti perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah di Pantai Merdeka,Qiyamulail khas untuk form5 sahaja(indah kabar dari rupa program ini) orientasi pelajar junior(teruk budak ni kena ngan aku haha)..mesti kalau orang baca "eh camna la cikgu percaya mamat ni, boleh diharapkah anjur program yang melibatkan pihak sekolah..untuk makluman, aku diberi peranan tersebut sebab dari segi psikologinya cikgu2 sekolah aku, nak aku belajar sesuatu perkara ,mengenai erti "tanggungjawab"..
..nasib baik setiap aktiviti yang aku anjurkan berjaya mencapai target seperti yang dirancang dan dibentangkan kepada pihak sekolah aku..oleh kerana aku TERaktif dalam program anjuran pihak sekolah, aku dah kurangkan aktiviti ponteng sekolah(hmm konspirasi nak sekat aku dari ponteng rupanya)..
...satu lagi plak masalah timbul yang buat pengetua aku selalu pening kepala(dia ni muda dah kena darah tinggi sebab aku kut kih kih)iaitu nama ja dah tak ponteng timbul lak masalah baru iaitu program ponteng kelas lak..kui kui kui..
dalam diam ada seorang pelajar yang menaruh hati kat aku hehe..Nakal cam aku pun masih ada jugak peminat padahal nak kata hensem tak la tapi manis ada la sikit... waktu tu aku teringat dan aku simpan kata-kata seorang guru kepada aku.."abis sekolah ni jadi kuli kang la hang" mungkin dia bengang asyik aku ja masuk bilik dia(penolong kanan pengetua) ..huhu sedihnya bila seorang guru tergamak mengeluarkan ayat camtu dari mulut dia..
akhirnya peperiksaan semester form 5 pun tiba..aku nak cerita sikit time dalam dewan,ada guru ditugas khas untuk sentias berada di tepi aku time aku jawab exam..ingat boleh la mintak jawapan tapi rupanya dia memantau pergerakan aku sebab pihak sekolah suspek aku meniru dalam exam ye la..keja sekolah tak pernah buat..kelas jarang masuk tapi keputusan cemerlang..sampaikan pihak sekolah selidik masa dihabiskan dirumah apa yang aku buat..informal mereka sapa lagi kalau bukan ibu aku..diorang dimaklumkan oleh ibuku, yang aku memang bukan kaki study..
Dalam hati aku kata"ish ish.. sampai camtu sekali cikgu sekolah ini wat aku camni..seolah aku ni kaki menipu"..sampai la abis exam keputusan aku dapat tetap cemerlang..hehehe satu ja sikap aku yang aku amalkan sebelum exam,akan aku pergi jumpa guru one by one memohon maaf atas kesilapan aku(mungkin ada hikmahnya)...yahuuu exam dah abis...sekolah buat pengumuman yang mereka akan hantar beberapa pelajar sekolah ke Program biro tatanegara dekat pahang tuuu..Nama aku juga ada dalam senarai(diwajibkan pergi)..kawan aku pulak yang tak dapat pergi siap merayu nak pergi ye la kat pahang tu mesti best progam dia..wakaka "ish awat la ang merayu lain kali meh join aku ponteng sekolah..confirm kalau depa wat program mest letak nama ang 1st"perli buat teman sekelasku..insan yang menaruh hati dekat aku tu pun join jugak itupun radio karat kelas aku yang sampaikan maklumat.
time hari nak bertolak..dia terkejut tengok beg pakaian aku kecil sangat maklumla nak pergi seminggu..aku bagitau yang aku tak suka bawa beg berat..kami pun bertolak menaiki bas yang agak "VIP"..dalam perjalanan bas berhenti sekejap dekat perhentian tapah untuk kami menjamu selera kerana perjalanan masih jauh lagi...kalau bas tak berhenti pun aku akan menjerit suruh berhenti..tegahari tu perut mesti lapar...
sambungan...penat taip..

Tuesday, May 20, 2008

Yang Terbuku diHati 3...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

sejak dari kecil lagi ibu aku telah merancang menyekolahkan aku di sebuah sekolah agama yang amat masyur di negeri yang lebih dikenali sebagai jelapang padi..lepas tamat sek rendah aku ja pun sambung pelajaran disekolah tersebut,tetapi sekolah agama tersebut mempunyai syarat2 untuk memasukinya amat ketat selain syarat perlu lulus ujian upsr, pelajar perlu mengambil ujian peperiksan bertulis dan lisan yang disediakan pihak sekolah tersebut...Tak sangka aku boleh lulus dan menjadi sehagian daripada 300 orang yang ditawarkan belajar disekolah tersebut, seramai 5000 orang yang menduduki ujian ketika aku menjalaninya...macam mana aku boleh lulus..."mungkin nasib kut"...
Mula2 aku form1 dan form 2 aku dikategorikan 15 terbaik daripada 150 orang pelajar lelaki..nak sampai tahap tu bukan senang kena rajin dan usaha...kemudian form3 aku dikejutkan dengan 2 peristiwa yang amat menyedihkan serta membuatkan semangat hendak belajar hilang sama sekali berpunca dari tekanan perasaan yang amat..tak mampu aku gambarkan
...Kehilangan teman sepermainan waktu kecil ku aku rasa amat ketara sekali.so sad..Allayarham memainkan peranan penting dalam hidup aku sehingga dalam diri aku perlu menjadi yang terbaik kerana dia menjadi persaingan aku dalam semua aspek seperti kelulusan akademik...Al-fatihah ku hadiahkan kepada beliau iaitu Abdul Hadi bin Ahmad..selepas beberapa bulan kemudian aku kehilangan pula ayah tiri aku yang aku belum sempat merasa kasih sayangnya.....huhuhu Al-fatihah...

aku anggap sebgai tragedi yang menyayat hati aku..pada mulanya target aku hendak dapat 8A namun tidak tercapai akibat minat aku dalam pelajaran telah pupus...
Aku anggap zaman tu adalah zaman kejatuhan aku...sedih woo
Bila aku berada disekolah aku anggap samalah aku berada dipenjara...
Akhirnya atas nasihat abang-abang aku..ibuku menukarkan aku ke sekolah yang berhampiran dengan rumah supaya senang dia memantau aku dari dekat..bayangkan la time aku belajar kat sekolah lama aku...dalam sebulan 7 hari ja aku berada di sekolah...
Nakal kan aku.....
Keadaan aku sama saja di sekolah baru aku tapi nakal aku hanya lah "ponteng ja" sebab aku sweet school sweet aku dah tak ada..
Tumbuk dan lawan cikgu tu bukan style aku...aku anti keganasan..hehe
walaupun masa aku disekolah aku dalam sehari ada la 2 jam lepas tu aku cabut balik rumah...
..Tapi keputusan akademik boleh dikatakan memuaskan sebab selalu dapat NO 1 dalam exam tiap-tiap semester walaupun aku jawab seperti aku melepas batuk di tangga..
Mak aku perkara yang paling dia ambil berat adalah berkenaan soal amal ibadah manakala akademik selepas aku start belajar disekolah baru dia dah tak ambil kisah..masa form5 aku kerap dihantar pihak sekolah untuk menghadiri program motivasi dianjurkan oleh pihak negeri(syarat satu sekolah boleh hantar 4 wakil ja...
..Ketua pengawas sekolah aku yang paling jeles ye la asyik-asyik muka aku ja yang diorang hantar..(tu la engkau tak nak belajar betul-betul)
Pengetua sekolah baru aku boleh dikatakn "cemuih" tengok muka aku asyik kerap masuk bilik disiplin..hehehe..
Nak buang tak boleh sebab akademik ok..kesalahan yang aku buat cuma lari sekolah ..dengan guru2 aku hormat..Hisap rokok dalam sekolah memang aku tak buat..
sambungan

Monday, May 19, 2008

Yang Terbuku diHati 2...

]Ya Tuhanku.. Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini, Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan.. Layakkah aku dalam rahmat-Mu..dibawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu, Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.. Wahai Tuhanku..ku merayu dimalam hari, Menagih ampunan dan kasih sayangMu. Wahai Tuhanku,,rayuanku..terimalah daku kembali.. Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu.. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasihsayangMu Ya Rabbi.. Ya Allah..dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik dimalam yang hening.. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar.. Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu.. Wahai Tuhanku..pencipta kasihsayang.. Yang memiliki setiap hati..Kasih sayang yang luhur buat hambaMu. Ya Rahman..Ya Rahim, kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cintaMU Ya Rahman.. Rayuanku,,janganlah kasih yang setitis didalam hati ini.. Melalaikan daku dari mengingatiMU.. pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...
Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah atas kesihatan dan hidayahnya kurniaan kepadaku serta selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..
"wahai jiwa yang tenang.kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredaiNya.Maka masuklah kedalam Jema'ah hamba-hambaku.Dan masuklah kedalam syurga Ku"
-Surah Al Fajr,ayat 27-30-

renungilah serta fahamilah ayat ini...inilah yang aku cuba gambarkan keadaan diri aku sekarang yang kusut dengan pelbagai kekeliruan dalam mengharungi perajalanan untuk membentuk diriku sebagai insan mukmin...semua umat islam mengharapkan satu bentuk kemanisan dan ketenangan dalam soal akidahnya..

..bila aku dalam kekeliruan aku teringat syair profesor Hamka iaitu berbunyi begini:
"Bismillahirahmanirrahim..Syair(apabila bala bencana telah bersangatan menimpamu:fikirkan segera surah Alam Nasyrah:'usrun terjepit diantara dua yusran,kalau itu telah engkau fikirkan,niscaya engkau akan gembira")

..Kekeliruan itu wujud disebabkan pergaulan aku yang luas dan aku berjumpa pelbagai jenis orang serta fahaman yang mereka bawa sama ada dari sudut akidah dan ideologi..aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku dilahirkan dari zuriat keturunan ulama namun aku disebabkan sikap aku yang lebih memencilkan diri dari ahli keluarga aku kadang2 abang aku ingin muzakarrah ilmu dengan aku untuk mengetahu sejauhmana kefahaman aku dalam bidang pengajian islam secara umumi dan khususi...
...walaupun aku dikelilingi ahli keluarga yang berlatarbelakang agama namun aku pernah terjebak dalam arus gejala sosial disebabkam sikap aku untuk mengetahui perasaan bila berada dalam arus tersebut namun keseronokan yang aku dapat tiada berbekas dihati aku..
Allah menganugerahkan al-hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal "
QS. Al-Baqarah (2:269)

" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah Swt, niscaya Dia akan memberikan kepadamu ketajaman penglihatan "
QS. Al-Anfal (8:29)


Akhirnya aku mengerti setiap apa yang aku lalui ada menafaat selepas aku berfikir dan merujuk setiap tatacara hidupku sewaktu aku terjebak dalam gejala sosial kesimpulan yang aku dapat walaupun mungkin keberkatan ilmu yang yang aku pelajari sewaktu zaman bernama pelajar di sek agama rakyat memberi jalan keluar kepada aku dari terus terjebak didalam arus gejala tersebut..baru aku terfikir sejahat-jahat orang yang ada pendidikan agama akhirannya dia akan kembali kepangkal jalan itu pandangan dari perspektif pemikiran aku..tapi semuanya bergantung Hidayah serta rahmat Allah S.W.T...
aku mengimbau kembali bagaimana ibu aku memaksa aku belajar dalam bidang agamasedangkan ketika itu aku langsung tidak memikirkan kebaikan yang aku akan dapat oleh kerana kebanyakan sahabat-sahabat aku menuntut disekolah menengah kebangsaan..aku juga ingin menuruti jejak mereka..pernah satu hari aku cuba memberitahu hasrat aku kepada ibu namu jawapan "tidak"keras sekali nada suaranya..berbagai-bagai cara aku cuba buat tetapi keputusannya juga sama...akhirnya dalam rasa terpaksa juga aku turut kehendaknya....

..sambungan

Saturday, May 17, 2008

yahoo massenger, guru dan budak

Assalamualaikum W.B.T

Syukurlah ke hadrat ilahi atas kurniaan dan kesihatan yang diberikan kepada saya untuk menulis didalam blog yang fakir ilmu ini..saya bukan la seorang yang hebat dalam penulisan namun saya cuba untuk menulis apa yang terbuku di hati saya..
kadang bila kita mengeluarkan satu pendapat namun berbagai kritikan yang timbul terhadap pendapat itu..kadang2 bila hendak membuat satu pembaharu iaitu muzakarrah yang menggunakan yahoo massenger iaitu ruangan conference ada juga seorang hamba Allah bertanya "adakah matlamat itu akan sampai kepada seseorang yang mengikuti muzakarrah tersebut dalam YM itu" atas alasan yang berada dalam dunia nyata pun kadang engkarinya..berjayakah kalau buat cf camtu dan bagaimana sambutannya.
renungila kisah ini
Nabi Muhammad Salallaahu 'alaihi wa salam mencontohkan da'wah kepada ummatnya dengan
berbagai cara melalui lisan, tulisan dan perbuatan. Dimulai dari istrinya,
keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat
itu. Di antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah Nabi Saw adalah kaisar
Heraclius dari Byzantium, Mukaukis dari Mesir, Kista dari Persia(Iran) dan Raja
Najasyi dari Habasyah (Ethiopia).
Rasul Saw. bersabda:
"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemunkaran maka hendaklah ia rubah
dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya,
dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan
hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman".
sepatutnya kita cuba la dahulu bermuzakarrah dalam bentuk ilmiah dalam CF yang dianjurkan sebnarnya hendak seribu daya kalau tak nak tu macam-macam alasan dia akan bagi tetapi kalau cf yang lebih merapu pernahkah timbul pertanyaan dalam diri kita dapat sambutankah CF ini kalau aku buat tetapi kita buat dulu Cf dan kita tak peduli sambutannya..alangkah sedihnya bila sesuatu CF berunsur dakawah dan ilmu dipandang sinis..wajar kah ini terjadi..
fikirlah salah satu pemikiran ulama':
Yusuf Qardhawi pernah mengatakan: "dahulu di Eropah dibebaskan dengan
pedang, tapi kini insya Allah akan dibebaskan melalui pena (qolam)" bahkan
puluhan tahun yang lalu KH. Imam Zarkasyi menyatakan:" andai kata murid saya
tinggal seorangpun meski tetap akan saya ajar sampai tamat. Kalau tidak ada
maka saya akan mengajar dengan pena." Pada kenyataanya, obsesi dari dua ulama
besar tersebut mempunyai andil yang besar dalam islamisasi masyarakat.

Artinya: “Serulah manusia menuju jalan Tuhanmu dengan hikmat
(pengetahuan), pengajaran yang baik, dan ajaklah mereka berdebat dengan caracara
yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa saja yang telah
sesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui siapa saja yang diberikan
petunjuk”.surat an-Nahl 16:125:

sepatutnya urusan samada yang mengikuti CF dapat mengambil pengajaran atau tidak serah urusan itu kepada Allah yang penting beranikah kita merealisasikan cf sebagai salah satu wadah dakwah.

Guru

saya sangat menghormati guru-guru yang ikhlas dalam profesion mereka.namun baru ini saya ada bersembang dengan seorang bakal guru di dalam yahoo massenger yang meluahkan kekecewaan dengan apa yang terjadi kepada yang bakal bergelar guru..dari segi akhlak dan sosialnya. kalau la dari segi akhlak dan sosialnya tidak berlandaskan islam bagaimana nanti pengajarannya terhadap anak-anak muridnya..bagi guru yang ikhlas saya berdoa semoga anda semua dilimpahi rahmat serta pahala atas keikhlasan pekerjaan yang anda lakukan..jangan letakkan kepetingan diri melebihi kepetingan agama dan bangsa..kalau tak jangan la memilih pekerjaan sebagai seorang guru..
bagaimana dengan guru-guru pondok,ustaz-ustaz serta guru dahulu yang kebekersanannya mendidik anak murid bukan sahaja dari akademik tapi dari segi sahsiah peribadi anak muridnya namun dalam keadaan zaman sekarang cuba lihat sahsiah pelajar-pelajar yang sangat menyedihkan..saya tidak berniat menyalah sapa-sapa tetapi sama-samalah muhasabah diri dan mencari formula terbaik untuk menanganinya..
hehehe baru ini ada yang mengelar saya budak yang hanya tahu memprotes dan digelar seorang yang angkuh(cetek ilmu dan riak)namun saya besyukur atas pendapatnya semoga saya diberi hidayah dan jalan yang lurus..beliau memberitahu yang dia telah berjumpa pelbagai insannya yang berilmu tetapi bersikap humble..dan dia menyatakan minat mendengar ilmu yang disampaikan oleh insan tersebut...hehe takkan minat saja kena la beramal..biarlah apa pun pandangan orang terhadap saya namun mungkin itulah satu perjalanan yang harus saya tempuhi dengan penuh kerelaan..
andaikata tulisan saya ini ada menyingung perasaan salam kemaafaan dihulurkan anggaplah saya ini seorang yang fakir ilmu.yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari saya.Kadang bila seorang itu berusia dari kita dia akan memandang sinis atas keupayaan pemikiran yang lebih muda darinya..Ilmu Allah itu luas bukan hakmilik samada Tahfiz,Guru,Dokter dan saintis tetapi tidak kira apapun pekerjaan dan gelaran namun jika dia ada keinginan ilmu itu maka dialah yang mendapatnya..jangan jadikan alasan saya pelajar sains sebab itu saya tak pandai dalam ilmu itu..itu jawapan yang dangkal..setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran yang penting dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan

nukilan ini adalah dari seorang yang masih digelar budak

"BuDaK"

Saidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair.

Apabila melihat Saidina Umar, kanak-kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya,

“Mengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?”

Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan;

“Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan”

Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena.

Al Makmun bertanya ; “Siapakah engkau ini?”.

Budak itu menjawab:

“Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja”

Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap.

Umar Abdul Aziz berkata ;

Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap.”

Budak itu menjawab sopan dengan berani..

“Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah.”

Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu.

Demikianlah tiga contoh bagaimana tangkas, bijak dan beraninya anak-anak genius di zaman kegemilangan Islam.

Manusia genius mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.

Fikirannya mampu mengubah dunia. Nabi Muhammad SAW, seorang genius, telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan bertamadun hanya dalam jangka masa 23 tahun.

Tempoh itu sangat pendek, hingga seorang proffessor di Universiti Vienna, Dr. Chevrel berkata ; “…belum tentu Eropah dapat mencapai apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun.”

Inilah kekuatan yang ada pada manusia genius. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia, tetapi mungkin dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat di dukung oleh Mukmin yang genius.

Zaid bin Tsabit- penulis Al-Quran,

Abu Hurairah- penghafal hadis,

Abdul Rahman bin Auf- pakar ekonomi,

Salman Al Farisi- “master mind” perang khandak,

Umar Ibnul Khattab- ahli politik dan pentadbir negara,

Ali bin Abi Talib- intelek agama.

Mereka semuanya adalah manusia-manusia genius yang telah menguatkan Islam melalui bidang masing-masing.

Fikiran mereka lebih daripada orang lain dan kelebihan itu, disalurkan untuk membangunkan Islam, bukan untuk kepentingan diri.

Mukmin yang genius sangat diperlukan di zaman kebangkitan Islam ini.

Ketajaman, ketinggian dan kekuatan akal penting untuk perjuangan Islam. Sebab itulah, para Rasul wajib memiliki salah satu sifat, iaitu fatanah ertinya bijaksana. Oleh itu kebijaksanaan adalah satu sifat yang wajib ada kepada sesiapa sahaja yang memimpin perjuagan Islam.

Pejuang Islam perlu bijaksana dalam merancang, menyusun dan bertindak dalam menghadapi suasana jahiliah moden ini, sepertimana bijaksananya para Rasul menghadapi suasana dan karenah umatnya zaman dahulu.

Islam tidak akan kuat selagi umatnya masih jahil, buta strategi dan lemah fikiran. Perjuangan memerlukan keyakinan. Keyakinan diperkuatkan oleh daya fikiran.

Friday, May 16, 2008

KeSeNgSaRaAn uMar PaLeStIn


Amira (putri dalam bahasa Arab), bayi perempuan berusia 20 hari, dibunuh oleh Israel ketika berada dalam genggaman tangan ibunya…

Tampaknya serdadu-serdadu Israel “yang suci” itu berpikir bahwa Amira adalah salah seorang yang berada di balik roket-roket yang diluncurkan ke Sderot (Israel)…

Sang ibu yang terluka berkisah: “Kami sedang mengunjungi ibu yang sakit dari Yousif Missiri (warga Palestina yang “diburu” Israel). Ibu Yousif menderita problem ginjal dan tinggal di rumah anaknya, mereka adalah sahabat keluarga kami. Ketika kami hendak makan malam, seorang anak tiba-tiba masuk dan berteriak-teriak bahwa tank-tank Israel sedang mengepung lingkungan dimana kami berada. Selang beberapa lama, para serdadu Israel mulai berteriak kepada kami untuk keluar dari rumah satu demi satu. Tiga saudara perempuan Missiri keluar, kemudian saya mengikuti mereka sambil menggendong Amira dan memohon kepada para tentara itu, ‘Tolong jangan bunuh kami, jangan bunuh anak-anak kami (Amira ditemani dua kakaknya yang masih anak-anak).’

Ketika saya terus memeluk Amira dan memohon, tiba-tiba para tentara itu mengarahkan sinar lasernya ke arah kami dan mulai menembak saya dan anak perempuan saya (Amira). Saya terluka di lengan ketika masih memeluk Amira dan tidak mengetahui kalau Amira sudah meninggal. Saya baru mengetahui Amira telah terbunuh ketika pagi datang. Saya ingin tahu mengapa mereka membunuhnya, apakah dia yang menembakkan roket-roket ke arah pemukiman-pemukiman (Yahudi) ataukah dia bertempur melawan mereka…”

Ayah Amira juga dipukuli oleh militer Israel dan dibawa ke tahanan karena terus bertanya kepada tentara-tentara itu, “Mengapa kalian membunuh anak perempuan saya!” [samimajed]