Thursday, April 24, 2008

BERAMAL DENGAN 3 PERKARA

Pada zaman Nabi Isa a.s. ada seorang wanita yang sangat kuat imannya. Pernah terjadi ketika ia sedang membakar roti tiba-tiba terdengar suara azan lalu dengan serta merta ia meninggalkan roti itu dan segera beredar ke masjid. Pada masa ia sedang solat itu datanglah syaitan membisikkan padanya, "Saudaraku! rotimu telah hangus, kamu sudah tidak ada makanan lagi." Jawab wanita itu, "Tuhan yang aku sembah lebih baik dari roti yang aku bakar." Syaitan berasa kecewa kerana usahanya tidak berhasil.
Selepas solat wanita ini meletakkan pula anakknya ditempat pembakaran roti. Hal ini dilihat oleh suaminya sendiri lalu mendapatkan Nabi Isa dan diceritakan segalanya. Nabi Isa yang datang dengan sendirinya menyaksikan hal ini juga merasa hairan melihatkan anak-anak itu bermain dengan bara api. Bara api itu kemudiannya berubah pula menjadi batu permata yang indah. Nabi Isa lalu memerintahkan orang memanggil wanita ini datang mengadapnya. Berkatalah Nabi Isa, "Wahai hamba Allah, apakah amalanmu sehingga kamu mendapat kemuliaan ini?"

Jawab wanita, "Wahai nabi Allah, aku sentiasa beramal dengan 3 perkara dan aku jaga 3 perkara. Apa yang aku beramal ialah, aku sentiasa menziarahi orang mati, apabila ada diantara orang yang hadir itu menyebut keburukan simati maka aku akan cela orang itu dan sekiranya ada yang datang meminta bantuanku, jika aku berkuasa insya-Allah aku akan menolongnya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Hanya itu sahaja amalanku."



"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, maka itu penghuni syurga; mereka kekal didalamnya." (Al Baqarah : Ayat 82)

"dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat" (Al Baqarah : Ayat 83)



MALAIKAT BERSAMA 3 ORANG CACAT

Abu Hurairah r.a. berkata yang ia ada mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita tentang 3 orang cacat dari bani Israil. Pertamanya berpenyakit kusta, keduanya berkepala botak, yang ketiganya buta. Allah lalu menghantarkan malaikat untuk mengujinya. Pada yang berpenyakit kusta malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau sukai?" Jawab orang itu, "Kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta." Malaikat lalu mengusapkan tubuhnya maka sembuhlah ia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Bertanya pula malaikat pada yang berkepala botak, "Apakah yang paling engkau sukai?" Jawabnya, "Rambut yang lebat tetapi alangkah bagusnya aku ada seekor sapi." Malaikat lalu mengusap kepalanya maka tumbuhlah rambut dengan lebat dan diberinya seekor sapi bunting serta berdoa semoga ianya diberkati. Pada orang yang ke tiga malaikat bertanya soalan yang sama. Maka jawabnya, "Apa yang paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberinya aku seekor kambin." Malaikat lalu mengusap matanya maka sembuhlah mata itu dan diberinya seekor kambing bunting serta berdoa semoga ia diberkati.

Selang beberapa waktu malaikat datang lagi dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ketiga sahabat yang telah kaya ini. Si penyakit kusta dan si kepala botak mengaku segala harta mereka adalah peninggalan nenek moyangnya dan dari usaha titik peluh mereka sendiri. Tetapi berlainan pula dengan si buta, bila malaikat meminta darinya ia berkata, "Ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku tidak sedikitpun keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggallah bakinya menurut kehendakmu." Jawab malaikat, "Jagalah hartamu, kamu sungguh diredhai Allah, sedangkan kedua sahabatmu dimurkai Allah."

NERAKA TIDAK SENTIASA PANAS

Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu neraka.
Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir ini untuk
selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga maka ia
adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka.
Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat yang
paling buruk.Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada di
alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa tetapi
tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam syurga
selapas diseksa dineraka.

Bentuk neraka dan isinya.

Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud unggun
api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi mereka
yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi musuh
Allah seperti Fir'aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah neraka
yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam.
" Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah
manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir".

Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan diseksa.
Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada amalan-amalan
jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk membakar
orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya sangat
panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah At
Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada
api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan
penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu
tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan
kepadanya".

Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya
berbanding denagn api didunia ini. Sekiranya api neraka jatuh ke atas
dunia ini sekalipun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.
Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun
bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna
hitam". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Salman Al Farisi berkata: " Apabila neraka itu bewarna hitam, maka
hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap
warna api neraka itu sama sahaja panasnya".

Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:
" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya
sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata
sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang
kepanasannya".

Api neraka pun kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim
dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling dingin di
dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.

Rasulullah saw pernah bersabda: Neraka itu pernah mengadu kepada
Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud " Hai, Tuhanku. Aku telah memakan
satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu
pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,
maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia
dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir' ".

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan
hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:
" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya
kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan
tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu
mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh
pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu
mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam
Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,
Jahim dan Hawiyah.

Monday, April 21, 2008

nukilan buat sahabat

Dari resah itu diri telah belajar tentang perjuangan, erti kehidupan dan alam semesta.

Dari tabah itu diri juga telah belajar tentang keikhlasan, persahabatan dan penghidupan.

Sedang perjalanan ini ternyata masih jauh panjang berliku…

kasih-sayang




Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan.

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan

Wednesday, April 16, 2008

indahnya persahabatan

wahai kawan ku hargai la sebuah persahabatan,
jangan kau putuskan kerana ia mengundah kehancuran,
diwaktu kita susah kita memerlukan seorang sahabat,
diwaktu kita senang kita memerlukan seorang sahabat,
sahabat ibarat seperti senja menanti malam,
indah tapi akan ditelan kegelapan,

teman


teman ku.
dalam menempuhi kehidupan ini,
banyak pekara yang perlu dilalui,
ada yang indah ada kala ianya begitu sukar,
andai dihitung tiada angkanya,

teman.
berpesan kepada diri,
cekalkan lah hati,
jernihkanlah kalbu..
litupilah belukar didepanmu,
binalah jambatan disungai itu..

teman.
usah mengikut alunan arus..
kerna,
didepanmu adalah jeram..


Friday, April 11, 2008


NuKiLaN BuAtMu SaHaBaT

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

2008


Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila
Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas
di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah?
Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang
dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.