Sunday, December 26, 2010

Doa buat cinta kita...


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redho-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin
Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.

Ya Allah…
Hari ini ( 16.10.2010 ) dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. Karena itulah, kami datang memohon rahman dan rahim-Mu.

Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu.

Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu. Kalau Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami, bantulah kami untuk banyak berdzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu. Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…
Muhammad Farid & Noor Hanim
16 Oktober 2010

Friday, October 1, 2010

Gunung jerai penuh mistik dan misteri...?


Punyalah perah idea nak menulis dalam blog ni almaklumlah empunya blog ni dah mandatkan pada saya untuk sentiasa mengaktifkan blog ini...hehehe..Sebelum Tuan empunya blog ini tidur, dia ada cerita pada saya kisah kehidupannya di kolej suatu masa dulu. Tuan empunya blog ada cerita mengenai trip perkhemahan beliau ke Gunung jerai..Jadi timbullah idea untuk menghighlightkan mengenai gunung Jerai. Sekurang-kurangnya dapat jugak mempromosikan negeri Kedah...hehehehehe

Gunung Jerai@Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang terdapat Kedah Darul Aman di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Ketinggian gunung tersebut adalah setinggi 1,217 meter.

Kedudukan gunung Jerai menjadi panduan pelayar silam sejak berabad yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Perkara yang saya nak tonjolkan mengenai gunung ni adalah dari segi mistiknya. Bagi sesiapa yang mengetahui tentang gunung jerai ni mereka takkan terlepas daripa mengaitkannya dengan perkara yang misteri dan mistik.

Ada yang mengatakan Gunung Jerai ni adalah petempatan bunian dan banyak kisah2 yang berlaku di gunung ini yang dikaitkan dengan orang bunian..

Ada juga yang mengatakan bahawa gunung jerai ini mempunyai penunggu sehinggakan dikatakan ramai sudah manusia yang menjadi korban.

Terlalu banyaklah perkara mistik dan misteri yang dikaitkan dengan gunung jerai.sejauh mana kebenaran kisah ini apa yang termampu saya katakan hanya Allah yang mengetahuinya..Namun hakikat yang kita perlu tau dan ingat, perkara ghaib itu mmg pasti sebab itu juga merupakan ciptaan Allah...

Bagi yang pernah menjejak kaki ke gunung ini pasti mempunyai cerita yang tersendiri...terpulang pada pengalaman masing-masing..Seingat saya kali terakhir saya ke sana waktu tu saya masih kecil. Tapi bagi empunya blog ini sendiri pasti ada ceritanya yang tersendiri mengenai Gunung Jerai..Kita nantikan pengalaman beliau itupun jika dia sudi berkongsi...hehehehehe

Tuesday, August 24, 2010

Secebis Kasih buat Isteri


Isteri..keindahan yang mesti ada dalam sebuah keluarga..so..hargailah dengan sepenuh hati...Nak dapat seorang isteri memang susah..yela nak dapat yang betol boleh jaga kita masa kita susah..masa sakit..kepada isteriku thanks sebab sudi terima aku sebagai suami dan bakal ayah kepada anakmu...

...Cinta..Kasih..


Hehehe...cinta...kasih..wah menarik tu..kadang bila kita tonton movie kalau boleh kita nak jadi Couple dalam cita tu...macam-macam kita imagine..tapi best kan semua tentang tu..aku tak pandai nak hurai semua tu..kadang orang cemburu melihat cinta..kasih kita kepada pasangan...tapi bagi aku semua tu terserah la style masing macam mana nak handle semua tu..buat ja asal ia terbaik..
Berapa ramai pula yang kecewa dengan cinta..kasih..sekarang ramai movie dok cita pasal couple,love dan seangkatan dengannya..maka ramai la yang terpengaruh dengan movie..padahal semua tu lakonan seorang pelakon..mana da manusia sanggup berenang lautan api sebab cinta..kasih..tanya aku pula..aku tak sanggup..yela kan bunuh diri namanya tu..Nauzubillah..
berdoalah semoga kita jumpa cinta..kasih setulu abadi..nak dapat kenalah usaha bukan sekadar usha ja.. sekurangnya kita puas hati sebab dah mencuba..kadang pemikiran aku pelik skit..bila aku tengok motivator bagi motivasi pasal cinta..kasih..kalau kena kat diorang..agak-agak diorang boleh handle tak..yela sekadar cakap sapa pun boleh tapi bila dah mengalami..phehh..faham-faham je la rasanya bagi orang yang pernah rasa..sebenarnya kita sedar tak..sekeliling kita dah dijadikan berbagai perkara uang boleh memotivasikan kita tanpa kita sedar..bila sedih cuba renungkan awan..pasti akan timbul perasaaan yang kita rasa alam ni luas..masih ada tempat untuk diterokai mencari cinta..kasih..
Lihat pulak pokok..rasa sejuk lak mata dan tenang rasanya..sebab masih ada lagi kehijauan yang belum kita rasainya..bagi aku..aku suka tengok hujan turun..rasa nyaman sekali..sebab cinta..kasih lebih ibarat sebagai api..bila kita tengok hujan turun..pheh..alangkah sejuk dan sukar nak gambarkan ketenangan yang kita dapat bila waktu hujan..tapi bila hujan lama pasti gurug berdentum..bukan apa..ibarat menyedarkan kita seolah guruh berkata"cukup la..mulakan hidup baru"ye la..kan bunyi guruh kuat..cukup untuk menyedarkan kita dari tidur yang lena..
Jadi guna la alam sekeliling kita untuk membantu kita mencari cinta..kasih...

Simple Life......


Bila kita melihat orang berpewatakan Cool..kita pun nak jadi macam tu jugak...tegok orang happy go lucky kita nak jadi happy jugak...why nak ubah attidude lak..jadilah diri sendiri kan best..hehehe..tengok orang dressing nampak cantik ja..kita terus ubah style dressing jugak...bila namanya manusia tak pernah dia rasa puas dengan sesuatu perkara..
Bagi aku pulak aku suka hidup yang sederhana..aku puas hati hidup macam tu..yela bila sedih aku masih mampu tersenyum...bila marah aku masih boleh ketawa..hidup ini adalah seperti yang kita imagine kan..so pastikan diri anda pemikiran sentiasa happy...
Simple Life...mudah kan maksudnya..hehe..tepuk dada tanyalah selera anda..pemikiran memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita so fikirlah yang positif..sedih aku bila melihat orang menyakiti diri sendiri terutama bila frust sesuatu perkara..tak perlu la rasa frust cukupla dengan memujuk hatik kita dengan mengatakan..mybe itu tak sesuai untuk aku psati ada sesuat yang hebat menanti aku..percayalah..setiap kemungkina itu pasti terjadi..
hehehe...percayalah diri dengan keyakinan yang betul jangan tipu diri dengan keyakinan yang goyah..hidup mesti diteruskan

Saturday, August 21, 2010

Farhanim



Farhanim.
Wajah kasihmu melengkapi hidupku..
kuntuman cintamu hiasan kebahagiaanku..
airmatamu melembut batu dihatiku..
warnakanlah kebahagiaanku dengan tulus kasihmu..
gelaranmu adalah zaujah hidupku..

Merenungi.......


Banyak perkara boleh digambarkan dengan kegembiraan..kenapa biarkan diri dirundung perasaan kesedihan..aku mengenangkan kisah seorang kawan aku bernama "ayie"..bayangkanlah bagaimana dia bersusah payah untuk merealisasikan perkahwinannya bersama insan dia yang paling cintai..

mereka bercinta dari sekolah rendah hingga sampai dia bekerja..berbagai-bagai halangan dia tempuhi tapi dia dapat pertahankan impian dia untuk membina istana bersama kekasihnya menjadi keyakinan dengan bersandarkan keyakinan dan tawakkal..
akhirnya impian dia terlaksana dan mereka dikurniakan cahaya mata yang sangat comel...mereka dihalang antara darjat..mereka dibandingkan antara diploma dan ijazah...mereka dibandingkan dengan status pekerjaan..namun itulah namanyan jodoh...
itu hanya sedikit kisah dari pengamalan kawan aku..


Aku terjumpa sesuatu dari seorang penulis blog yang merasa kecewa disebabkan insan yang dicintainya telah membina istana dengan orang lain...dia dirundung kesedihan..
Bagi aku janganlah berputus asa.kadang kita diuji seperti itu mungkin kita akan bertemu insan yang akan mencinta kita sepenuh jiwa dan raganya..percaya dan yakinlah...

Terima Kasih bakal Zaujah aku..

Aku bersyukur atas penerimaan kau untuk menjadi zaujah aku...bermula kita berkenalan hati kecil aku sudah berbisik "engkaulah jodohku"...entah macam mana aku mula beristikharah namun makin kuat hatiku berbisik dia jodoh aku..walaupun pernah dipisah oleh lautan semenanjung tapi akhirnya kami bertemu disatu tempat yang sama dia belajar dan tempat aku bertugas...itulah Allah S.W.T Maha Kaya Maha Pengasih dan Maha Penyanyang..

"Ya Allah Kurniakanlah bidadari syurga didunia ini kepadaku" itulah doa aku selepas aku solat..Alhamdulillah aku berjumpa dengan seorang insan yang sangat menyayangiku..aku akan menghargainya dengan kasih sayangku...

Tangan Menulis...

Lama sudah tidak menulis dialam maya ini..aku kadang malas sangat nak menulis..aku tidak tahu nak tulis apa yang harus aku tulis...hidup ini memang sudah tertulis...syukurlah sekiranya apa yang tertulis sudah terjadi membawa kegembiraan tapi sekiranya yang tertulis membawa kepada kesedihan maka redhakanlah..moga-moga yang tertulis akan datang membawa seribu kebahagiaan..

Wednesday, August 11, 2010

API-API YANG MENGHIDUPKAN PELITA RAMADHAN.....

Dalam meniti titian Ramadhan, pelbagai perkara atau ibadah yang boleh kita lakukan bagi menghasilkan ramadhan yang sangat bermakna buat kita dan akan mendatangkan keredhaan Allah dan juga rahmatNYA....Anataranya:

1. Sedekah

Memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati di bulan Ramadan adalah dituntut. Ibn 'Abbas melaporkan:

" Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan ketika Jibrai menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Riwayat Bukhari)

Firman Allah yang bermaksud:

" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."

Surah Al Baqarah: Ayat 267

Maka berdasarkan dalil2 di atas, jelaslah bahawa sedeqah itu adalah merupakan perbuatan yang mulia dan diredhai oleh Allah..

2. Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ianya bulan al-Quran sebagaimana Allah menyatakan,

"...bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibrail sentiasa bertaradus al-Quran dengan Nabi setiap hari pada bulan Ramadan. Begitu juga para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah-ibadah yang lain. Sebahagian salaf sentiasa mengkhatamkan al-Quran dalam masa tiga hari dan sebahagiannya dalam masa tujuh hari dan sebahagiannya setiap hari pada bulan Ramadan. Saidina Uthman bin Affan sentiasa mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari pada bulan Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba bulan Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Bacalah setiap hari walaupun sekadar satu ayat dari a-Quran.

3. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Rasulullah berkata:

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)


4. Qiamullail

Qiamullail ertinya berjaga malam. Disunatkan berjaga malam secara berjamaah pada bulan Ramadan iaitu solat Tarawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan solat malam pada bulan Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Riwayat Bukhari)

5. Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.
Solat tarawih walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjamaah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum perlaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati para jemaah.

Janganlah dipersia-siakan pahala yang terbentang luas untuk kita....

Ahlan Ya Ramadhan.....

Ramadhan..
Kehadiranmu ku nanti...
Kedatanganmu ku rai...
Alhamdulillah....

Abu Hurairah menyatakan telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Sedar tak sedar ramadhan datang kembali dan menyapa hidup kita dan diharapnya terutama bagi mereka yang mendambakan cinta Allah sudah semestinya tidak akan mensia-siakan bulan yang penuh rahmat ini...

Hakikatnya manusia hari ini lebih teruja dengan kedatangan syawal berbanding ramadhan...hakikat yang tersembunyi... baru je masuk bulan ramadhan dah pikir mcm2 persiapan untuk menunggu syawal terutamanya 1 syawal...

Ramai antara kita hari ini seolah-olah buta untuk melihat permata-permata yang sangat bernilai yang ada tersembul di dasar lautan Ramadhan...MasyaAllah...

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T yang telah menciptakan segala sesuatu dan melimpahkan rahmat dan hidayahNya buat kita sebagai hambanya...

Diharapkan dengan kehadiran ramadhan kali ini kita dapat berusaha menjadi lebih baik daripada ramadhan yang sebelumnya dan semoga kita menjadi hamba yang sentiasa mencari jalan dan ikhtiar untuk bertaqarrub drngan Allah...

Jangan sia-siakan Keindahan Ramadhan yang terbentang..
Selusurilah keindahan ramadhan dengan melakukan ibadah..
Semoga sinar ramadhan menyinari hidup kita dunia dan akhirat....

Friday, July 16, 2010

PUISI BUAT IBU....


Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai

Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah

Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan


Ibu……
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….
Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..

Monday, July 12, 2010

Rumahtangga yang bahagia dan diredhai..


Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengharapkan mahligai yang dibina akan berkekalan selama- lamanya selagi nyawa dikandung jasad..namun hakikat tidak semuanya seindah apa yang kita impikan...

penceraian pada masa kini ibarat BARAH yang semakin hari semakin merebak dan menanah dalam masyarakat kita..dan penceraian tidak pernah mengenal erti usia...ada pasangan yang baru sehari hidup sebagai suami isteri, sudah mengembil keputusan untuk berpisah dan ada juga pasangan yang sudah berpuluh tahun lamanya hidup bersama akhirnya berpisah juga...

kehidupan dalam berumahtangga ibarat membina rumah di tepi pantai...ada masa kita akan merasa nyaman...dan ada masanya kita akan gelisah bimbang2 di datangi ombak besar...begitulah kehidupan berumahtangga...ada masanya kita akan merasa termata bahagia disisi pasangan kita...dan adakalanya kita akan merasa seolah dibebani sesuatu yang amat berat...namun kita harus berpandangan dan fikiran positif. Walau berat mana pun ujian dalam berumahtangga, itulah syarat yang perlu kita sabar tempuhinya kerana dibalik ujian itu ada kebahagiaan yang menanti....

dalam pelayaran berumahtangga..perlu ada pelbagai bekalan bagi menjamin kehidupan yang bahagia..yang utama adalah Iman dalam hati pasangan...Iman adalah teraju utama yang akan menentukan arah pelayaran rumahtangga kita...barangsiapa yang mendirikan rumahtangga dan menyandarkan pada Allah S.W.T, maka akan berbahagialah pasangan itu semana bahagianya ADAM dan HAWA...Sedangkan ADAM dan HAWA pernah diuji dalam kehidupan rumahtangga mereka, apatah lagi kita ini manusia biasa...

Disini diselitkan antara beberapa tips dalam kebahagiaan rumahtangga :

1. Berkongsi tanggungjawab
-Fahamilah tanggungjawab masing-masing dan prihatinlah terhadap pasangan. Sama -sama dalam menguruskan rumahtangga dan tidak sama sekali bersikap melepaskan diri dan hanya memandang sepi tanpa membantu pasangan dalam rumahtangga. Memang benar suami itu ketua keluarga namun ia tidak bermakna si suami tidak boleh membantu isteri dalam menguruskan rumahtangga. Jadilah seperti Muhammad S.A.W yang sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati isteri-isteri baginda dan baginda tidak pernah malu dan selalu ringan tulang dalam membantu isteri-isterinya menguruskan rumahtangga.

2. Pasangan teman teristimewa
-Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
-Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
-Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
-Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
-Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
-Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

8. Hubungan seks
-Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
-Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
-Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

UJIAN ITU BUKAN BEBANAN TAPI ADALAH SATU BATU LONCATAN DALAM MEMPEROLEH RAHMAT DAN IANYA ADALAH HIKMAH...

Sunday, July 11, 2010

Bangunlah di sepertiga malammu....


Nabi SAW pernah bersabda:

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.

solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Solat tahajjud merupakan kehormatan bagi seorang muslim, sebab mendatangkan kesihatan, menghapus dosa-dosa yang dilakukan siang hari, menghindarkannya dari kesepian di alam kubur, mengharumkan bau tubuh, menjaminkan baginya keperluan hidup, dan juga menjadi hiasan surga.

Selain itu, solat tahajjud juga dipercaya memiliki keistimewaan lain, dimana bagi orang yang mendirikan sOlat tahajjud diberikan manfaat, iaitu keselamatan dan kesenangan di dunia dan akhirat, antara lain wajahnya akan memancarkan cahaya keimanan, akan dipelihara oleh Allah dirinya dari segala macam marabahaya, akan mendapatkan perhatian dan kecintaan dari orang-orang yang mengenalinya, dibangkitkan dari kuburnya dengan wajah yang bercahaya, diberi kitab amalnya ditangan kanannya, dimudahkan hisabnya, berjalan diatas shirat bagaikan kilat.

BERIBADATLAH SELAGI DIBERI NAFAS PADA SETIAP NYAWAMU.....

Monday, March 15, 2010

SETEGUH CINTA SYAH JEHAN BUAT MUMTAZNYA...





Di antara 7 keajaiban dunia yang dicanang seluruh dunia ni, aku tertarik dengan suatu binaan je..that is taj mahal...bukan apa...bila sebut pasal taj mahal ni aku rasa macam ada satu perasaan yang sangat kuat..taj mahal ada spirit dia yang tersendiri... Maksud aku Taj Mahal ni lambang cinta seorang suami yang terlalu mencintai isteri dia...alangkah bertuahnya isteri dia..tulah, hakikatnya bila kita ada duit ni kita boleh buat apa saja dan bila kita mencintai dan menyayangi seseorang malah menganggap dia adalah sebahagian hidup kita, kita mesti berusaha buat yang terbaik untuk Dia...

Takdalah macam kebanyakan lelaki hari ni...baru 2 3 tahun kawin, dan sibuk nak cari teman wanita la, bakal madu untuk isteri la...sedangkan kewajipan untuk anak isteri yang ada tak terlaksana dengan sempurna...

Walaupun lelaki diberi keharusan untuk berpoligami, tapi seharus kita tak menyalah gunakan kepentingan poligami tu untuk nafsu n keinginan lelaki sahaja. Poligami tu harus bukan wajib melainkan dalam keadaan yang benar2 memerlukan poligami..
KALAU SEORANG ISTERI MAMPU SETIA DISISI SUAMI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT DIA,
KENAPA SEORANG SUAMI TIDAK BERUSAHA SESETIA ITU...

Rasulullah sendiri pun masa masih Hidupnya Siti Khadijah, baginda tidak pernah menduakan isterinya, cuma selepas kematian siti khadijah dan atas tuntutan tertentu baru baginda berpoligami..

Bagi sang suami, cintailah isteri sepenuh hati dan jangan mencari kelemahan yang ada pada isteri untuk di caci, tetapi carilah kelemahan isteri dan terima seadanya dan bimbinglah isteri menjadi isteri yang solehah....



Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya