Friday, June 27, 2008

EsOk MaSiH AdA


Di satu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah kepada orang lain adalah kesukaannya.

Ketika dia menyedari kesalahannya dan ingin minta maaf, dia selalu berkata, “Tidak apalah, esok sajalah.”

Dia semakin membesar, sekolah adalah tempat sangat menyenangkan baginya. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu biasa-biasa saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik-baik dengan teman rapatnya. Alasannya, “Tidak apa-apa, esok-esok pun boleh.”

Kemudian, teman rapatnya itu tidak lagi menjadi temannya. Walaupun dia masih sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Tapi itu bukanlah masalah, kerana dia masih punya ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatnya sibuk. Dia bertemu seorang wanita yang sangat cantik dan baik. Wanita ini kemudian menjadi kekasihnya. Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin mencapai tahap paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, walaupun melalui telefon. Dia selalu berkata, “Ah, aku penat, esok saja aku hubungin mereka.” Ini tidak terlalu mengganggunya kerana dia punya teman-teman sekerja yang mudah diajak keluar.

Waktu terus berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia menikah dan punya anak, dia bekerja lebih keras agar dalam membahagiakan keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari ulang tahun isterinya dan juga hari pernikahan mereka. Itu tidak masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Tentu, kadang-kadang dia rasa bersalah dan sangat ingin punya kesempatan untuk mengatakan pada isterinya “Aku cinta kamu”, tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, “Tak apa, esok pastu aku akan mengucapkannya.”

Dia tidak pernah sempat meraikan ulang tahun anak-anaknya, tapi dia tidak tahu hal itu akan memberi kesan terhadap anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhinya, dan tidak pernah benar-benar menghabiskan waktu dengan dia sebagai ayah mereka.

Suatu hari, berlaku kemalangan dan isterinya tewas. Ketika kejadian itu berlaku, dia ada di situ. Belum sempat berkata “Aku cinta kamu”, isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya dan mencuba menghibur diri bersama anak-anaknya.

Tetapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak pernah mahu berkomunikasi dengannya. Anak-anaknya telah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli dengan dia yang telah tua, yang pada masa lalunya tidak pernah meluangkan waktu untuk mereka.

Saat mulai renta, dia pindah ke rumah orang tua-tua. Dia menggunakan wang yang mula disimpannya untuk menyambut ulang tahun pernikahan ke 50, 60, dan 70. Pada mulanya wang itu akan digunakannya untuk pergi ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya, tapi kini digunakan untuk membayar tempat kediamannya. Sejak itu sehingga dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan jururawat yang merawatnya. Dia kini merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Saat di hujung nyawanya, dia memanggil seorang jururawat dan berkata kepadanya, “Andai saja aku menyedari ini sejak dulu….” Kemudian perlahan-lahan dia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan air mata di pipinya.

Apa yang harus kita fiirkan, waktu itu tak pernah berhenti. Kita terus maju dan maju, sebelum benar-benar menyedari, kita ternyata telah maju terlalu jauh. Jika kita pernah bertengkar, segera berbaik-baik! Jika kita berasa ingin mendengar suara teman-teman, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhirnya, tapi ini yang paling penting, jika kita berasa ingin berkata kepada seseorang bahawa kita sayang dia, jangan tunggu sampai terlambat. Jika kita terus berfikir bahawa esok-esok saja kita akan memberitahunya, hari ini tidak pernah akan datang.

Jika kita selalu fikir bahawa besok akan datang, maka “besok” akan pergi begitu cepatnya hingga kita baru sedar bahawa waktu telah meninggalkan kita.

KeInGiNaN DaN ImPiAn


Muhammad Ali mengatakan bahawa si juara dihasilkan dari keinginan, impian, dan visi. Sementara, Dennis Waitley, mengatakan bahawa pemenang selalu mengatakan ’saya akan’ dan ’saya boleh’. Ini adalah pekerjaan fikiran. Memang tidak nyata tetapi akan membawa impak yang luar biasa bagi kehidupan kita jika fikiran kita sudah diletakkan seperti yang dijelaskan tadi.

Keinginan datang dari fikiran. Semua orang memiliki fikiran, jadi semua orang boleh memiliki keinginan. Bahkan, memang semua orang punya keinginan. Siapa yang tidak? Lalu mengapa tidak semua orang menjadi orang sukses. Tentu saja keinginan yang membawa kepada kesuksesan berbeza dengan keinginan biasa. Keinginan yang membawa kepada sukses adalah keingianan yang sangat jelas dan keinginan yang memberikan dorongan yang besar untuk mencapainya. Bukan sekadar keinginan yang bila tercapai tidak membawa impak, begitu juga jika tidak. Bukan juga keinginan yang samar, seperti saya ingin bahagia dan saya ingin kaya.

Apa bezanya keinginan dan impian? Impian adalah bahagian dari keinginan. Impian memiliki makna lebih khusus, impian digunakan untuk keinginan yang besar, keinginan yang menurut kebanyakan orang sulit atau tidak mungkin dicapai. Sudahkah kita punya impian? Sementara visi adalah gambaran dari impian tersebut, dimana impian tersebut seakan-akan sudah kita capai. Visi adalah gambaran kita masa depan, ketika semua keinginan kita tercapai.

Al-Quran, dengan indah membangun visi manusia. Visi ketika berada di syurga. Gambaran indah syurga seakan-akan sudah terjadi pada diri kita. Gambaran syurga yang indah begitu sering diulang-ulang dalam Al-Quran dan juga kita dianjuarkan untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin. Hikmah yang dapat kita ambil adalah agar visi kita di akhirat tersebut melekat dalam kepala kita sehingga memiliki dorongan kuat untuk mencapainya.

Berikut adalah salah satu contoh bagaimana gambaran syurga diberitahukan kepada manusia.

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
(QS Al Baqarah[2]:25)

Masih banyak lagi gambaran indah tentang syurga baik dalam ayat Al-Quran mahupun hadis.

Fikiran positif, yang salah satunya memiliki visi hidup yang jelas baik dunia mahupun akhirat insya-Allah akan membawa kita kepada keberhasilan. Fikiran positif lainnya ialah selalu berkata ’saya boleh’ dan ’saya akan’. Meskipun secara islami akan lebih baik jika di tambah dengan kata insya-Allah. Kata-kata ’saya akan’ dan ’saya boleh’ adalah refleksi dari fikiran positif yang tidak menyerah pada keadaan, apapun keadaan yang dilaluinya

Sunday, June 22, 2008

SoLaT IsTiKhAraH



Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Rasulullah saw. pun telah mengajarkan doa istikharah (menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandung permohonan mengubah takdir-Nya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini. … dan TAKDIRKANLAH kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.“

ANtaRA IbU,BaPA DaN KeKaSiH HaTi?

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan
http://webblog.myjodoh.net

PeRinGaTAn WaHaI aNak

CORETAN DARI SEORANG TEMAN

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,
bimbang
dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.
Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.
Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya
diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana
saya
hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu
mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik
ke
rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri
pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."
Emak
menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak
ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat
dengan
Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.
Mama
ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya
genggam
erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah
mama
luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah,
tapi
mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa"
Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu
bersuara
tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak
lupakan dan
sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
Kadang-kadang
ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan
peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."
Saya
terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal
ketika
adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen
ayah
memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?"
Mama
mula menangis. Saya tunduk.

Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik
peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri
bagitau
mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja.
Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.
Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh
terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika
itu
kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras
pergi
juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya
meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari
ini
mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang
terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap
tuhan
dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air
sungai
jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh
dosa
yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada
Allah
hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin
dibantu
Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli
keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu
kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program
motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus.
Bukan
niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang
dapat
berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya
dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën
Sabri,
bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui,
penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu
untuk
pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan
telefon."Ën
Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau
tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya
bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program
tersebut
dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur
dan
sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai
di
kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan
kerana
selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang
penuh
syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama
ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan
dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam
rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak
rasa
sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak
kandung
sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak
ini
sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada
otak'"
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar
yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor
lalu
si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari
kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar
mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang
berdarah
muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada
otak
ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak
diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
di
sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada
tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku
atau
tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan
sentiasa
minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari
seorang
ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan
sesungguhnya
kepada ibu bapa?..

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

****AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS....
SESUNGGUHNYA SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU....
RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KERANA KITA
MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA
http://bdk-cute.blogdrive.com

Thursday, June 12, 2008

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.
(http://ibnuqalil.blogspot.com)

Thursday, June 5, 2008


ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR

Agar kita rela menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. kepada kita, maka di dalam hal ini perlu kita mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita itu. Dengan demikian kita akan mengetahui mana-mana akan ketentuan-ketentuan yang harus kita terima dengan seadanya, dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha merubahnya.

Di dalam hal ini ada dia takdir yang perlu kita ketahui iaitu:

A. TAKDIR MUBRAM

Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.

Sebagai contoh:

Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya:"

(Al-Araf:34)

Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir yang tidak dapat manusia nak elakkan.

B. TAKDIR MU'ALLAQ

Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan akal fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha ke arah tercapainya cita-cita.

Bangsa yang dijajah akan berusaha untuk merdeka.Orang yang termasuk dalam lumpur akan berusaha naik ke tempat yang selamat, orang yang sakit akan berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang sempurna.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah firmannya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri."

(Ar-Ra'ad: 11)

Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab diatas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri."

(An-Nisa':79)

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih,salah sangka, salah jalan,salah usaha, baik dengan sengaja ataupun tidak.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adlah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)".

(asy-Syura :30)

Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala ketahuilah bahawa diri sedang diuji oleh Allah SWT.

Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau miskin sebagaimana firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin."

(An-Najm:48)

Pada yang kaya hendak bersyukur dan gunakanlah harta ke jalan Allah sebaliknya Allah SWT. juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup dalam kesusahan, kemiskinan akan selalu diterima nya dengan rasa syukur sebagai nikmat dan ujian dari-Nya.

Firman -Nya:

"Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan."

(An-Najm:42)

Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakailah kamu baju besi , duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali ajal itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian.

Maksud firman Nya:

" Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang -orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan keluar juga je tempat mereka terbunuh."

(Al-Imran:154)

Dan sama sekali kita tida boleh mengelakkan kematian. Firman AllahTa'ala maksudnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal.Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya."

(Al-Ankabut:57-59)
Cari eBlogR#Ll }4@2f-]

Monday, June 2, 2008

IkATaN SuCi



Mungkin kalian pernah diajukan soalan oleh teman mahupun kenalan, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Maka gelabahlah bagi mereka yang terlalu sensitif dengan soalan ini lebih-lebih lagi bagi muslimat. Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” atau kadang-kadang, "Belum ada rezeki lagi.." Ada juga memberi jawapan, "Nak bantu keluarga dulu.." Baiklah, mungkin selepas ini kalian akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai.

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. Segala sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari Qiyamat telah tertulis di Lauh Mahfudz, kerana sejak permulaan menciptakan Qalam Allah telah berfirman kepadanya dalam hadith qudsi riwayat Bukhari dan Muslim : "Tulislah", Dia (Qalam) bertanya : "Wahai Rabb-ku, apa yang harus aku tulis?" Allah berfirman : "Tulislah segala sesuatu yang terjadi". Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. Lalu Allah memerintahkan Malaikat untuk menulis empat perkara iaitu ajal, rezeki, amal, celaka atau beruntung. Menurut Ulama' Ahli Sunnah yang dimaksud rezeki itu mencakupi rezeki zahir dan rezeki batin. Dan rezeki batin itu adalah jodoh. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin juga pernah menghuraikan perkara yang sama.

Kalau sebab miskin ataupun tiada duit, itu bukan persoalan utama. Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang ingin bernikah, dalam surah an-Nur ayat 32 Allah berfirman yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

Rasulullah S.A.W menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya yang bermaksud : "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah. Apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Nah, ini jawapan yang Aku cari dan persembahkan buat sahabat-sahabat yang bertanya, mengapa masih belum berumahtangga lagi. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat dalam soal jodoh. Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “Semua ini adalah rahmat Allah.” Wallahu’alam
http://www.ibnuqalil.blogspot.com

(aku tetarik dengan