Monday, June 23, 2014

R.A.I ( Radioaktif Iodine)

R.A.I pertama kali aku diberitahu aku harus menjalani rawatan R.A.I aku amat risau yang amat sangat sebab doktor terangkan kesan sampingan yang akan dihadapi oleh aku sewaktu menjalani rawatan R.A.I nanti.tapi aku selepasa dimaklumkan itulah rawatan yang terbaik aku pun ikut ja saranan doktor.pada 7.5.2014 itulan tarikh yang ditetapkan oleh doktor untuk aku jalani rawatan kaedah tersebut.pada pukul 9 pagi aku dibawa oleh nurse ke bilik yang ada lambang "awas radiasi" aku mula risau nak buat ke x tp memikirkan aku dah tekad so aku pun dibawa masuk ke bilik khas dan ada seorang pembantu klinikal ditugaskan menasihat aku apa yang perlu aku buat selepasa aku minum R.A.I tersebut.pada jam 10 pagi aku diberi satu bekas kecil seperti tabung kaca ntah orang panggil apa aku pun xtau dalamnya ada sedikit cecair berwarna putih dan aku agak itulah R.A.I.selepasa dapat arahan minum aku pun bismillah dan terus minum R.A.I..Rasanya macam minum air kosong hehe..selepas 15 minit rasa loya timbul mungkin kesan R.A.I baru terasa tapi jangan risau sebab tak rasa sakit..hehehe selepas itu mula la aku menjalani "kuarantin" dari budak kecil 5 tahun kebawah, dari perempuan mengandung dan orang tua.menu makanan aku sepanjang kuarantin aku makan ayam dan daging goreng serta sayur sawi. garam yang boleh diambil adalah garam yang murah tu contoh garam yang harga 1kg 40 sen..sebab garam tu sebenarnya dah xda khasiat dan yang penting kandungan iodine rendah..sebab kalau kalau diambil garam yang kendungan iodine tinggi takut akan berlawan dengan R.A.I yang telah aku minum tadi....makanan laut dilarang makan dalam tempoh 2 minggu...setakat ni saja...byeee jangan takut kalau anda disyorkan dengan rawatam R.A.I ataupun Radioaktif Iodine...jalani ja kaedah tu...doakan semoga saya sembuh.....

Saturday, February 1, 2014

ilmiah dan ukhuwah

lagu paling best pernah aku dengar..untuk renungan anak supaya menghargai insan yang bergelar ibu..dari saat kita membesar hinggalah kita berjaya menjadi seorang insan..hargailah pengorbanan mereka yang sanggup menempuh dugaan dan cabaran dalam mendidik kita..pengorbanan mereka tidak pernah mereka mengeluh dan meminta supaya dihargai tapi kita sebagai anak wajib bertangungjawab menjaga mereka hingga ke akhir hayat

Saat permulaan Kehidupan sebagai "Hyperthyroid"

Ini bagi aku satu anugerah kepada aku dan pada permulaannya aku sedih apa yang menimpa aku namun setelah aku mula memikirkannya secara positif baru aku sedar ini anugerah kepada aku sebab "Hyperthyroid" telah banyak mengubah hidupku.Bayangkan la kehidupan aku selama ini aku menjalani gaya hidup sebagai seorang yang aktif tetapi aku masih mendapat penyakit "Hyperthyroid". Aku memang terkejut tetapi bila kita bersandarkan kepada rukun islam yang ke 5 iaitu yakin dengan Qadar dan Qadar kerana Allah lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui. Bagi aku penyakit yang aku alami ini tidak sehebat apa yang abang sulung aku alamai iaitu penyakit kanser yang beliau hidapi telah mencapai tahap 4 iaitu bermakna tiada ubat dapat menyembuhnya.tetapi kita sebagai orang islam mesti yakin yang setiap penyakit ada ubatnya kecuali Mati.Sekarang beliau menjalani kaedah rawatan " Alam semulajadi" dan perkembangan kesihatannya nampak semakin pulih dan positif. Yang dinamakan kaedah semulajadi disebabkan kitalah yang merekacipta sendiri "Multivatimin" yang segar tanpa campuran bahan kimia dengan kita sendiri yang proses bahan-bahan dari alam semulajadi menjadi "Multivatimin" yang bebas bahan kimia dan hasilnya amat menjubkan. "Bersambung".............