Thursday, March 31, 2011

zaujah dan permataku

assalamualaikum..terdetik dihatiku kembali untuk menulis di blog aku ini...alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana aku akan dikurniakan cahaya mata..disaat aku menerima kabar berita dari zaujahku yang mengatakan dia sedang mengandung...aku susah nak gambar perasaan aku waktu itu..aku rasa masa aku tehenti seketika..tapi perasaan terlalu gembira muncul dari hatiku dengan mengatakan syukurlah..disaat itu dalam hatiku,aku berkata percayalah wahai zuriatku,aku akan berusaha dengan penuh keyakinan dan kesabaran dalam menyedia ruang terbaik buat permataku itu apabila dia dilahirkan nanti..dalam jiwaku sebelum ini aku tak pernah rasa keyakinan ku untuk menghadapi sebarang ujian ataupun cabaran..tapi kini seolah permata hatiku itu telah memberikan aku satu semangat untuk aku buat yang terbaik untuk keluargaku walaupun dia masih dalam kandungan isteri aku...disaat aku menulis ini hampir air mata menitis dan aku tak tahu kenapa air mata aku hampir menitis..dalam sanubari aku berbisik mungkin disebabkan kebahagian dan ikatan tali aku dengan pencipta Alam ini yang dulu longgar tapi kini makin kuat ikatan itu...
selalu aku berdoa moga permata aku itu faham keadaan zaujahku yang masih dalam perjuangan menuntut ilmu dan beharap dari dalam kandungan lagi permataku itu tidak meragam dan memberi keselesaan kepada ibunya...permataku bertuah sangat kerana dari dalam rahim lagi dia menuntut ilmu bersama ibunya..buat assigment bersama..presentation bersama ibunya...

Ya Allah kau kurniakanlah mereka kesihatan yang baik,kemudahan beribadat serta menuntut ilmu..Ya Allah Ya Ar Rahman Ya Ar Rahim kau murahkan la rezeki mereka berdua...Kau permudahkan la kehidupan mereka...KepadaMu aku berdoa Ya Allah...
...Amin...

Zaujahku bertuah kerana ada permata yang mendampinginya kini dalam menuntut ilmu..itu mungkin salah satu hikmah yang Allah kurniakan..tak semua orang dapat melalui saat seperti itu...Kau bertuah zaujahku

Kalau kau sedih permata hatimu ada disisimu..mendengar rintihan mu...Kau bicarakan la dengan permatamu itu seperti dia sedang berbicara denganmu..
Permataku...Aku menanti kelahiranmu dan akan aku berikan nama yang terbaik buatmu..setakat inilah nukilan aku kali ni...Alhamdulillah