Tuesday, April 26, 2011

My Luv...luv u syg



cintanya begitu mendalam kepadaku..Ya Allah kau kurniakanla kebahagiaan kepada kami...bila kami dah disatukan barulah aku merasai cinta yang sebenarnya..itulah cinta selepas ikatan lebih manis tanpa ikatan..semua itu berlaku atas rahmat yang Maha Esa..tak sanggup aku melihat dia menitis air mata apatah lagi nak menggunakan kekerasan keatasnya..kerana dia adalah salah satu anugerah Tuhan kepada aku..Thanks zaujah kerana mencintai aku...

Wednesday, April 20, 2011

Seribu kesyukuran...


bersyukur tidak terhingga menanti saat kelahiran permata yang dikurniakan ilahi kepada aku..walaupun aku bukan sebaik-baik hambaNya,namun tetap dikurniakan sesuatu yang berharga dalam seluruh hidup aku.Alhamdulillah..
walaupun kehadiran permata tersebut mengundang pelbagai reaksi dan persepsi orang sekeliling aku baik negatif mahupun positif terhadap permata itu namun bagi aku setiap kurniaan ilahi pasti ada hikmahnya...
Semoga Allah memudahkan segala-galanya buat aku dan keluarga aku..seseungguhnya Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim...
Ya Allah kau kurniakan kesejahteraan pada aku dan keluarga aku,
Ya Allah Cukupkanlah kekuranga aku dan keluarga aku,
Lindungi aku dan keluarga aku dari sifat mazmumah.,
Kepadamu Aku dan keluarga mohon perlindungan dari segala bencana dunia dan akhirat,
Amiin...

Saturday, April 9, 2011

Kewangan,senang dan tenang

Kewangan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan kita.. walaupun gaji bulanan mencecah RM5k namun masih tidak mencukupi,,berapa gaji bulanan yang kita perlu untuk kita berasa cukup,senang dan tenang dalam kehidupan seharian kita...bagi aku dalam hal kewangan aku suka merenungi perkataan ini
*kenapa orang berpendapatan rendah tetapi mampu hidup dan membesarkan anak-anaknya hingga berjaya*

itu persoalan yang kita perlu renungi,bagi hukum akal,akal kata tidak logik tapi kalau Hukum Allah itu logik..

samada ada sedar atau sengaja tak sedar sebenarnya soal keberkatan dalam gaji atau pendapatan bulanan itulah yang akan membuat kita rasa cukup,senang dan tenang...tepuk dada tanya adakah kita rasa gaji kita berkat atau tidak...Wallahualam..