Sunday, June 22, 2008

PeRinGaTAn WaHaI aNak

CORETAN DARI SEORANG TEMAN

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,
bimbang
dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.
Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.
Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya
diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana
saya
hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu
mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik
ke
rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri
pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."
Emak
menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak
ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat
dengan
Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.
Mama
ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya
genggam
erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah
mama
luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah,
tapi
mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa"
Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu
bersuara
tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak
lupakan dan
sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
Kadang-kadang
ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan
peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."
Saya
terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal
ketika
adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen
ayah
memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?"
Mama
mula menangis. Saya tunduk.

Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik
peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri
bagitau
mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja.
Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.
Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh
terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika
itu
kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras
pergi
juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya
meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari
ini
mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang
terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap
tuhan
dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air
sungai
jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh
dosa
yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada
Allah
hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin
dibantu
Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli
keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu
kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program
motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus.
Bukan
niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang
dapat
berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya
dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën
Sabri,
bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui,
penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu
untuk
pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan
telefon."Ën
Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau
tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya
bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program
tersebut
dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur
dan
sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai
di
kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan
kerana
selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang
penuh
syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama
ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan
dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam
rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak
rasa
sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak
kandung
sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak
ini
sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada
otak'"
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar
yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor
lalu
si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari
kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar
mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang
berdarah
muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada
otak
ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak
diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
di
sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada
tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku
atau
tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan
sentiasa
minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari
seorang
ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan
sesungguhnya
kepada ibu bapa?..

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

****AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS....
SESUNGGUHNYA SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU....
RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KERANA KITA
MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA
http://bdk-cute.blogdrive.com

No comments: