Saturday, May 24, 2008

Yang Terbuku diHati 6...

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)



All for one,one for all...definasi ayat tu memang mudah difahami kebanyakan orang..ahli kumpulan aku nampak gaya cam tak puas hati dengan sikap aku yang sambil lewa terhadap soal disiplin dalam mematuhi peraturan masa yang ditetapkan...huhu pada hal aku cuba nak juga tepati masa tapi bagilah sedikit waktu untuk aku memperbaiki soal tu..plzzz..
"sebagai tanda fard respek kepada kumpulan 8..so dia ajak kamu bersama dengannya berlari mengelilingi padang ini 3 kali..cepat mulakan!"arahan penyelia kumpulan aku yang berlatarkan bekas ahli VAT69...
"setan punya budak"aku dengar perkataan tu agak perlahan terkeluar daripada seorang ahli wanita dalam kumpulan aku..aku jeling kearahnya..dia berpaling kearah lain seolah-olah takda apa yang berlaku.."ish dia ni memang dah benci tengok aku kut"kata aku dalam hati..
"ok,sudah selesai semua kamu menjalani denda kamu maka saya akan melantik salah seorang dari kamu sebagai ketua dan penolong ketua"kata penyelia group aku.."husaini kamu ketua(sek men agama kedah) dan fard sebagai penolong".."bantahan"kata ahli group aku serentak.."kami setuju husaini jadi ketua tapi penolong yang dilantik, kami bantah"mereka menyatakan tanda protes terhadap keputuasan tersebut.."muktamad!,dan bersurai"jawab penyelia dengan muka yang agak bengis..
"abis dah kumpulan kita..ish awat la mamat tu yang dipilih lak"mereka berbisik sesama mereka sambil berjalan menuju dorm untuk berehat..
disebelah malam hanya program ceramah mengenai nasib bangsa melayu serta cabaran yang akan ditempuhi menjelang 2020...tak ada apa yang menarik hendak aku cerita perjalanan program tersebut..Zzzzzz..

Hari ketiga kami diberitahu esok kami akan buat jungle tracking dan bermalam 1 malam didalam hutan tersebut..."yahooo...best siot"sambungan.....

No comments: