Monday, May 19, 2008

Yang Terbuku diHati 2...

]Ya Tuhanku.. Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini, Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan.. Layakkah aku dalam rahmat-Mu..dibawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu, Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.. Wahai Tuhanku..ku merayu dimalam hari, Menagih ampunan dan kasih sayangMu. Wahai Tuhanku,,rayuanku..terimalah daku kembali.. Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu.. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasihsayangMu Ya Rabbi.. Ya Allah..dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik dimalam yang hening.. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar.. Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu.. Wahai Tuhanku..pencipta kasihsayang.. Yang memiliki setiap hati..Kasih sayang yang luhur buat hambaMu. Ya Rahman..Ya Rahim, kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cintaMU Ya Rahman.. Rayuanku,,janganlah kasih yang setitis didalam hati ini.. Melalaikan daku dari mengingatiMU.. pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...
Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah atas kesihatan dan hidayahnya kurniaan kepadaku serta selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..
"wahai jiwa yang tenang.kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredaiNya.Maka masuklah kedalam Jema'ah hamba-hambaku.Dan masuklah kedalam syurga Ku"
-Surah Al Fajr,ayat 27-30-

renungilah serta fahamilah ayat ini...inilah yang aku cuba gambarkan keadaan diri aku sekarang yang kusut dengan pelbagai kekeliruan dalam mengharungi perajalanan untuk membentuk diriku sebagai insan mukmin...semua umat islam mengharapkan satu bentuk kemanisan dan ketenangan dalam soal akidahnya..

..bila aku dalam kekeliruan aku teringat syair profesor Hamka iaitu berbunyi begini:
"Bismillahirahmanirrahim..Syair(apabila bala bencana telah bersangatan menimpamu:fikirkan segera surah Alam Nasyrah:'usrun terjepit diantara dua yusran,kalau itu telah engkau fikirkan,niscaya engkau akan gembira")

..Kekeliruan itu wujud disebabkan pergaulan aku yang luas dan aku berjumpa pelbagai jenis orang serta fahaman yang mereka bawa sama ada dari sudut akidah dan ideologi..aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku dilahirkan dari zuriat keturunan ulama namun aku disebabkan sikap aku yang lebih memencilkan diri dari ahli keluarga aku kadang2 abang aku ingin muzakarrah ilmu dengan aku untuk mengetahu sejauhmana kefahaman aku dalam bidang pengajian islam secara umumi dan khususi...
...walaupun aku dikelilingi ahli keluarga yang berlatarbelakang agama namun aku pernah terjebak dalam arus gejala sosial disebabkam sikap aku untuk mengetahui perasaan bila berada dalam arus tersebut namun keseronokan yang aku dapat tiada berbekas dihati aku..
Allah menganugerahkan al-hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal "
QS. Al-Baqarah (2:269)

" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah Swt, niscaya Dia akan memberikan kepadamu ketajaman penglihatan "
QS. Al-Anfal (8:29)


Akhirnya aku mengerti setiap apa yang aku lalui ada menafaat selepas aku berfikir dan merujuk setiap tatacara hidupku sewaktu aku terjebak dalam gejala sosial kesimpulan yang aku dapat walaupun mungkin keberkatan ilmu yang yang aku pelajari sewaktu zaman bernama pelajar di sek agama rakyat memberi jalan keluar kepada aku dari terus terjebak didalam arus gejala tersebut..baru aku terfikir sejahat-jahat orang yang ada pendidikan agama akhirannya dia akan kembali kepangkal jalan itu pandangan dari perspektif pemikiran aku..tapi semuanya bergantung Hidayah serta rahmat Allah S.W.T...
aku mengimbau kembali bagaimana ibu aku memaksa aku belajar dalam bidang agamasedangkan ketika itu aku langsung tidak memikirkan kebaikan yang aku akan dapat oleh kerana kebanyakan sahabat-sahabat aku menuntut disekolah menengah kebangsaan..aku juga ingin menuruti jejak mereka..pernah satu hari aku cuba memberitahu hasrat aku kepada ibu namu jawapan "tidak"keras sekali nada suaranya..berbagai-bagai cara aku cuba buat tetapi keputusannya juga sama...akhirnya dalam rasa terpaksa juga aku turut kehendaknya....

..sambungan

No comments: