Wednesday, May 28, 2008

Assalamualaikum w.b.t(sudut hati FrossTZ)


Aku masih mencari sesuatu didalam waktu.....YanG terBuku biaRlah menjadi yang TerSirat buat sementara..Ntah la...Disaat ini aku Gembira tapi hati kecilku kabur debgan sesuatu yang aku pun tak fahami...Aku cuba mencari sesuatu yang hilang dalam hidup aku...Pernah muncul satu persoalan..Hingga aku mengelilingi malaysia untuk mencari jawapan yang memuaskan hatiku..Sewaktu aku berkelana Seorang INsan yang aku anggap ulama dan mempunyai pertalian darah dengan aku berpesan"KAPAL YANG BELAYAR DI LAUTAN MESTILAH ADA NAKHODA YANG MENGENDALIKANNYA"..kenapa disaat ini baru aku Teringat pesanan itu...betulkah haluan yang aku pilih..Dalam bebarapa hari lagi aku akan menempuh satu pengalaman yang tak pernah aku fikir untuk merentasinya...tepatkah pilihan aku..SEbenarnya aku kecewa Dengan keadaan aku sekarang seolah setiap apa yang aku lakukan tiada lagi kemanisan dan "enjoy"....
hmm..bersedia gagal untul bersedia...Itulah kata keramat aku...Setiap perjalan pasti ada kepahitan sebelum berakhir kemanisan...Insyaallah..
APAKAH yang akan berlaku pada diri kita jika setiap hari tidak pernah ditimpa kesusahan? Wang yang banyak boleh membeli apa saja dimahukan, anak dan cucu hadir di sisi mengisi kekosongan hati dengan telatah mendamaikan jiwa, rumah besar dan aman daripada sebarang kejahatan, tubuh badan sentiasa cergas dan sihat, populariti disegani dan kedudukan tinggi di mata masyarakat. Semua serba sempurna tiada kecacatan dan kekurangan dirasai. Adakah keadaan sebegini baik untuk iman kita?

Keadaan terlalu selesa sebenarnya boleh membahayakan iman dan menjejaskan ingatan kita kepada keperluan bergantung pada kuasa Allah SWT. Mungkin jika harta sudah banyak terkumpul seseorang mudah lupa bagaimana menadah tangan dan melafazkan doa:

“Ya Allah SWT hindarkanlah aku daripada muflis di dunia dan di akhirat.”

Jika hidup sentiasa sihat dan cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya, memuaskan segala keinginan hati, suka bermalas-malasan, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dengan penyakit dan ajalnya. Dan jika kesenangan saja yang dirasa mungkin apabila sedikit ujian datang kita akan mengeluh, membenci dan marah dengan ketentuan Allah SWT.

Sama halnya dengan kemiskinan, sakit dan ujian kehidupan yang bermacam boleh menjadi perangsang meningkatkan iman atau pun sebaliknya mendekatkan kita kepada kekufuran.

Pernahkah hati kita berbisik, jika ujian kemewahan pun kita tidak kuasa menghadapinya apatah lagi jika kemiskinan yang ditakdirkan untuk kita, apakah akan terjadi dengan iman kita? Jika sihat masih suka mengeluh dan membenci peristiwa dijalani hari ini, bagaimana jika sakit tenat menunggu ajal?

Setiap mukmin mesti membuat persediaan rapi bagi menjaga imannya daripada hasutan syaitan dan penyelewengan hawa nafsunya sendiri. Kadang-kadang kita mencuba beberapa formula untuk menghidupkan iman tetapi kelalaian akan datang berulang. Mengapakah formula yang diamalkan itu tidak menjadi?
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

No comments: