Saturday, August 23, 2008

KeMbaLi BErpetuaLAng..

Baru-baru ini aku dibawa oleh sepupu aku ke pantai timur menghadiri satu seminar..ermm.sebanarnya aku tidak diberitahu tujuan ke sana dan hanya diberitahu untuk temannya memandu itu ja..aku pun setujulah ye la lama dah aku tak pergi kesana..lebih kurang 18 tahun..suasana dalam perjalan bukan soal penting untuk diceritakan tapi soal ilmu yang aku dapat dari seminar itu yang aku nak kongsi bersama dengan penduduk di alam maya ni...
terpikir kah kita masalah keruntuhan sosial ini sebnarnya berpunca dari mana..pendidikan di sekolah,kawan atau keluarga?...marilah kita renung sejenak kelemahan umat islam dalam menjaga pemakanan sehariannya iaitu faktor halalnya atau kebersihan yang menurut islam berdasarkan kriteria tertentu..
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
sepatutnya dalam soal tu kita harus cerewet sebab itu akan menentukan sejauh mana pengaruhnya terhadap hati kita..sebab itu la bila soal pemakanan di pandang remeh maka lahirlah insan yang begelar mat rempit,bohjan dan yang sewaktu dengannya..
walaupun kita kata kita dapat punca rezeki yang halal dan membeli dengan duit halal adakah itu bermakna pemakanan kita halal ataupun kita bersandarkan kepada sesuatu pihak untuk mengesahkan halal atau kebersihan yang di bolehkan kita memakannya berdasarkan hukum syarak...
cuba kita kembali kepada al-quran..
“Sesungguhnya kamu pasti dapati bahawa orang paling kuat memusuhi orang-orang beriman ialah Yahudi dan kafir musyrik (penyembah berhala)….” (surah Al-Maidah ayat 82).
cuba renungi sejenak ayat tesebut..bila sesuatu produk atau pemakanan yang dibuat oleh bukan islam adakah mereka akan fikirkan dan menitikberatkan soal kebersihan yang diunjurkan dalam islam..bukan apa tujuan saya berkongsi hal ini adalah takut ibadat kita hanya sia-sia bila soal haram tidak dititik beratkan..cuba kita renungi sejenak bila anak-anak kita membesar menjadi degil,bila belajar lemah ingatan dan malas dalam melaksanakan tuntukan agama..kerana punca terbesar berkait rapat soal pemakanan..
alhamdulillah di negara ini kita masih mempunyai pekilang-pekilang yang dimiliki oleh golongan muslim..biarla kita cerewet dalam soal pemakanan demi menjaga kebersihan hati kita mudah-mudahan kita dijauhkan dari memakan makanan yang haram walhal pada zahirnya halal.
itulah yang ilmu aku dapat dari seminar tersebut yang dianjurkan oleh HPA industries..semoga usaha mereka mendapat berkat dalam memperjuangkan makanan halal dan selamat dimakan oleh orang islam berdasarkan beberapa kriteria menurut islam..
(bila kita berdoa Ya Allah selamatkan umat islam palestin tapi selepas itu kita membeli barangan keluaran mereka pulak..macam nak kira tu..fikirkan la)



No comments: