Friday, August 14, 2009

Pencarian


Lama rasanya tangan ni tak menaip keyboard..blog ni sebenarnya di update oleh seseorang yang istimewa dalam hidup aku...hmm..tapi bila aku lihat balik blog aku wah menarik..thanks my dear...banyak cerita aku nak kongsi dalam blog ni..tapi tunggu bila aku dah bersedia untuk menulis aku akan tulis..

Thursday, August 13, 2009

Tentera Nyamuk vs Raja Namrud



Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk tempang sahaja untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya mengetuk kepalanya dengan kasut. Bila diketuk dengan kasut dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat.. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT..

PANGKAT DAN DARJAT DI DUNIA BUKAN UKURAN DAN JAMINAN DI AKHIRAT KELAK...
APA YANG MEMBEZAKAN TTG INSAN ADALAH IMAN DAN TAKWA...
BERIBADAHLAH SEOLAH2 KAMU AKAN MATI ESOK HARI....

Saturday, June 20, 2009

KELUARGA BAHAGIA IMPIAN SETIAP INSAN DAN KEPENTINGAN SILATURRAHIM


SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.
ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.Manusia hari ini kebanyakkannya buta untuk menilai permata yang asli...

Anak adalah permata yang tidak ternilai harganya...namun hakikatnya ramai manusia hari ini terlalu taksud mencari permata hiburan dunia tanpa sedikit pun menghargai permata anugerah ilahi ini..

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.

MEMBINA HUBUNGAN SEHARUM MAWAR DALAM MENUJU KEREDHAAN ALLAH..
AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH....

Friday, June 12, 2009

ILHAM KASIH FARHAN....


Kasih seharum Mawar..

Dikau Baiduri Cinta dari Taman Nirwana,
Hadirmu dalam hidupku bilaku kecewa,
Sinar kasihmu membuatkan aku bahagia,
Nilai tawamu pengubat lara,
Aku kalungkan kasihku buatmu permaisuri,
Bertakhta di hati...
Rindu selalu...

Bila ada rindu, di situ terciptanya CINTA...

Tuesday, May 26, 2009

CINTA AL - KHANSA...

IBU ADALAH WANITA UTAMA DALAM HIDUP SETIAP INSAN..
HARGAILAH SELAGI MEREKA ADA..
DAN TENANGKAN PUSARANYA DENGAN SIRAMAN DOA...

khas buat SEMUA..

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA




Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Semoga kita menjadi insan yang bertakwa...

NOTA CINTA HAWA BUAT ADAMNYA....




Buat kamu yang mengerti....

Satu ketika aku merasakan pintu kebahagiaan buatku telah tertutup,
siang atau malam tiada bezanya...
gelap yang aku lihat dan sepi yang aku rasa,
Telah tuhan ciptakan manusia pasangan untuk hidup bersama suka dan duka,
dan aku teraba - raba mencari...namun langkahan kamu menghampiri,
dengan memegang sebentuk kunci,
dan kunci itulah yang telah membuka kembali pintu kebahagian buatku,
terlalu lama aku meratapi pintu yang tertutup dan akhirnya aku sedar,
kamu hadir dalam hidupku untuk memberi aku sinar kebahagian yang lama terpenjara di
dalam sudut hati yang sekian lama berduka.....

DOA darimu untukku..
memberikan aku kekuatan di saat aku jatuh lemah,
dan membuatkan aku percaya bahawa masih ada sinar buat kita,
dan..
kamu juga yang telah membuatkan aku terus bangkit meneruskan langkahan hidup
dengan melupakan kegagalan lalu....

DUNIA adalah lautan yang terlalu luas..
kamu dan aku adalah pengemudi di dalam KAPAL CINTA yang telah kita bina dan usahakan bersama,
dengan berbekalkan iman dan takwa kuharap KAPAL CINTA kita menuju ke destinasi yang benar dan tidak sesat arah tujuan...

CINTA tidak pernah meminta namun ia sentiasa memberi..
DI MANA ADA CINTA DI SITU ADA KEHIDUPAN..

Cinta pada Al- Khaliq dan cinta pada yang mencintai Al-Khaliq...

Telah ALLAH berikan..
2 KAKI buat manusia untuk BERJALAN,
2 TANGAN untuk MEMEGANG,
2 TELINGA untuk MENDENGAR,
2 MATA untuk MELIHAT....

TETAPI mengapa hanya ada 1 HATI pada kita?

KERANA....

ALLAH telah memberikan sekeping lagi HATI pada seseorang untuk kita mencarinya..
dan telah kutemukan kamu dalam pencarianku...

SEMOGA KAMULAH YANG TERCIPTA UNTUKKU.... (F/H)

Saturday, November 15, 2008

komposisi kehidupan

dalam jangkamasa terdekat ini aku telah menempuh berbagai cabaran.setiap nafas aku rasa lelah namun alhamdulillah sinar cahaya kebahagiaan masih menyinari hidup aku.kehidupan tak selalunya indah bila kita dirundung masalah.hanya kesabaran dan pautan tali yang maha esa menjadi dorongan dalam meniti kehidupan..kadang ujian yang menimpa kita mengajak kita berfikir sejauh mana kekuatan kita dalam menghadapinya.setakat ini dulu nukilan aku kali ini..mencari ilham lepas geram dalam nada kesyukuran.

Thursday, September 25, 2008

SALAM RAMADHAN n SELAMAT HARI RAYA PUASA

Selamat menyambut ramadhan dan selamat hari raya puasa maaf zahir dan batin..kepada semua yang mengenali pemilik blog ini dengan rendah hati ingin menghulurkan seribu kemaafan andai ada silap dan salah moga kita diberi keampunan dan dinaikkan darjat menjadi insan yang soleh...kepada yang tersayang semoga raya ini diberi kesempatan mengeratkan kasih yang terjalin dan moga dipermudahkan jodoh kita berdua..sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T memakbulkan doa kita..amin

Saturday, August 23, 2008

KeMbaLi BErpetuaLAng..

Baru-baru ini aku dibawa oleh sepupu aku ke pantai timur menghadiri satu seminar..ermm.sebanarnya aku tidak diberitahu tujuan ke sana dan hanya diberitahu untuk temannya memandu itu ja..aku pun setujulah ye la lama dah aku tak pergi kesana..lebih kurang 18 tahun..suasana dalam perjalan bukan soal penting untuk diceritakan tapi soal ilmu yang aku dapat dari seminar itu yang aku nak kongsi bersama dengan penduduk di alam maya ni...
terpikir kah kita masalah keruntuhan sosial ini sebnarnya berpunca dari mana..pendidikan di sekolah,kawan atau keluarga?...marilah kita renung sejenak kelemahan umat islam dalam menjaga pemakanan sehariannya iaitu faktor halalnya atau kebersihan yang menurut islam berdasarkan kriteria tertentu..
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
sepatutnya dalam soal tu kita harus cerewet sebab itu akan menentukan sejauh mana pengaruhnya terhadap hati kita..sebab itu la bila soal pemakanan di pandang remeh maka lahirlah insan yang begelar mat rempit,bohjan dan yang sewaktu dengannya..
walaupun kita kata kita dapat punca rezeki yang halal dan membeli dengan duit halal adakah itu bermakna pemakanan kita halal ataupun kita bersandarkan kepada sesuatu pihak untuk mengesahkan halal atau kebersihan yang di bolehkan kita memakannya berdasarkan hukum syarak...
cuba kita kembali kepada al-quran..
“Sesungguhnya kamu pasti dapati bahawa orang paling kuat memusuhi orang-orang beriman ialah Yahudi dan kafir musyrik (penyembah berhala)….” (surah Al-Maidah ayat 82).
cuba renungi sejenak ayat tesebut..bila sesuatu produk atau pemakanan yang dibuat oleh bukan islam adakah mereka akan fikirkan dan menitikberatkan soal kebersihan yang diunjurkan dalam islam..bukan apa tujuan saya berkongsi hal ini adalah takut ibadat kita hanya sia-sia bila soal haram tidak dititik beratkan..cuba kita renungi sejenak bila anak-anak kita membesar menjadi degil,bila belajar lemah ingatan dan malas dalam melaksanakan tuntukan agama..kerana punca terbesar berkait rapat soal pemakanan..
alhamdulillah di negara ini kita masih mempunyai pekilang-pekilang yang dimiliki oleh golongan muslim..biarla kita cerewet dalam soal pemakanan demi menjaga kebersihan hati kita mudah-mudahan kita dijauhkan dari memakan makanan yang haram walhal pada zahirnya halal.
itulah yang ilmu aku dapat dari seminar tersebut yang dianjurkan oleh HPA industries..semoga usaha mereka mendapat berkat dalam memperjuangkan makanan halal dan selamat dimakan oleh orang islam berdasarkan beberapa kriteria menurut islam..
(bila kita berdoa Ya Allah selamatkan umat islam palestin tapi selepas itu kita membeli barangan keluaran mereka pulak..macam nak kira tu..fikirkan la)



Thursday, July 24, 2008

Keajaiban islam


baru-baru ni aku pergi menghadiri majlis ilmu yang diadakan disebuah sekolah rendah islam di pendang...mulanya aku keberatan untuk pergi tetapi memandangkan ibu aku mengajak...kena la pergi juga..sampai disana suara budak kecil berkumandang membaca al-quran..aku kenal suara tu...itulah suara anak abang aku walaupun berumur tujuh tahun tapi lidahnya fasih membaca al-quran...ALHAMDULILLAH..selepas itu baru lah dijemput seorang penceramah untuk memyampaikan ceramah agama...aku terkejut kerana usia penceramah agama tu baru berumur 7 tahun..hebatkan..itulah keajaiban dalam islam..sewaktu majlis berlangsung aku terdengar kanak-kanak sekililing aku yang seusia dengannya masih bergelak ketawa bermain dan bergurau senda..xapalah mungkin satu hari nanti mereka akan jadi tokoh yang hebat..INSYAALLAH..umur 7 tahun dah pandai berceramah agama..tapi kita yang lebih tua dari mereka boleh apa....tepuk dada tanya tanya la ilmu yang da kat kita..
malam tu aku rasa kerdil sangat ye la..dia dah umur 7 tahun dah jadi camtu tapi aku ni yang boleh begelar bapa masih ntah apa-apa..
majlis yang mula aku keberatan menghadirinya tapi bila aku dah sampai mula aku berkata dalam hati syukurlah aku diberi kesempatan melihat salah satu keajaiban dalam islam...

Rejab Dan Syaaban



Selepas dua bulan tu maka kita akan bertemu dengan Bulan Ramadhan Al-MUBARAk...erm..nampaknya kita masih berpeluang menikmati dan merasai kehidupan sepanjang ramadhan INSYAALLAH..Selepas beberapa KEtiKA akU xUPDATE blog ni..Aku merasakan CUKUPLAH aku mengasimilasikan blog ni dengan persoalan berkisar tentang perhubungan,percintaan dan yang sewaktu dengannya..BAgi aku sekrang persoalan yang PENTING berkaitan SOAL PERMASALAHAN REMAJA DALAM ASPEK KEHIDUPAN SEBAGAI ISLAM..lihat jiwat remaja masakini...JIWA serta PEGANGAN MEREKA sangat rapuh..bagaikan ranting reput menunggu dipatahkan...SEMANGAT SALAHUDIN AL_AYUBI sudah tidak wujud lagi,KETAKWAAN ASHABUL KAHFI sudah tidak meresapi jiwa remaja masakini...remaja sekarang bagaikan padang pasir yang kering kontang..berpakaian sekadar mengikut fesyen bukan memenuhi tuntutan agama..
ermm...Aku mengharapkn RAMADHAN kali ini dapat memberikan satu penawar yang ajaib kepada permasalahan ini serta memberi rahmat dan hidayah kepada remaja islam dinegara ini...Sedih mengingatkan kembali beginikah kehidupan remaja masakini walaupun hebat dari segi pemikiran,pendidikan serta bahkan tidak mahu hidup dikongkong seperti kehidupan dizaman ibu bapa mereka dahulu..tetapi akidah mereka...sungguh menyedihkan...

CUBALAH TANYA DIORANG SIAPAKAH zainab al-ghazali....?
assyahid syed al-qutb?
assyahid hasan al-banna..?
siapakah SALAHUDIN AL_AYUBI?
ASHABUL KAHFI?
WASIAT LUKMAN AL-HAKIM
berapa orangkah diantara mereka yang mampu meberikan jawapan terhadap persoalan tersebut..kalau mereka mengatakan yang mereka tak tahu..bimbinglah mereka jangan memarahi mereka atas KEJAHILAN mereka...tunjukkan la mereka lorong menuju AKHLAK PEMUDA-PEMUDI TAUHID..
SEBAB itu la aku ambil keputusan untuk berehat seketika dari menulis tentang cinta serta perhubungan sesama manusia.kerana semua masalah tersebut berpunca dari AKIDAH DAN PEGANGAN mereka...
KALAUlah kehidupan mereka berasaskan ISLAM pasti permasalahan tersebut akan hilang bahkan mereka mampu menghadapi gejolak nafsu syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan umat islam..
AYUH BANGUNLAH WAHAI REMAJA..YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM berikanlah petunjuk kepada kami sepertimana kau memberi petunjuk kepada umat terdahulu...YA ALLAH bukalah hijab kami..AMPUNILAH kami seluas pengampunanMU terhadap dosa-dosa kami..YA ALLAH kepadaMU lah kami mengadu..jangan biarkan kejahilan membelenggu kami..YA ALLAH kau ampunilah dosa ibu bapa kami..janganlah kau petanggungjawabkan kesalahan kami kepada mereka...YA ALLAH kau limpahi rahmat serta taufik hidayahMU kepada kami,kepada keluarga kami,kepada sahabat kami serta seluruh umat islam..YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..kami bersyukur atas segala limpahan rahmatMU kepada kapada kami..hanya kepadaMU kami mengadu dan berdoa...YA ALLAH sucikan lah jiwa kami dengan cahaya keimanan..YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...AMIN...

Sunday, July 13, 2008

RaYuAnKu KePAdA KaMU...



assalamualaikum w.b.t....aku harap sama kita merenungi kembali aspek kehidupan kita dari segi pergaulan..aku bukan la seorang terlalu arif agama dan tidak kategori sabagai pemuda sebaik ashabul kahfi..ini lah suara hati menegenai akidah dan kehidupan remaja sekarang ini..aku sedih sangat mengenangkan apa yang berlaku dengan halatuju kehidupan remaja masakini yang terus hanyut dengan hidup berdasar imaginasi mereka cipta sendiri yang lebih jerumus kearah nafsu..aku merayu kepada orang yang arif bab agama buanglah ego yang tinggi melangit tu bimbinglah mereka kembali kepangkuan ajaran islam yang sebenar-benarnya..lupakan la soal politik,pangkat dan darjat..
wahai remaja insaf lah jangan lah leka dengan kepalsuan cinta..walaupun dijanjikan seribu kebahagiaan apakah sama dengan satu kurniaan kebahagian yang Allah kurniakan diakhirat sana..aku merayu kembali semula kepangkuan islam...
aku merayu lagi kembalilah keajaran islam...
aku merayu lagi kembalilah keajaran islam...
mungkin kita dilahirkan sebagai islam kita lambat memahami kemanisan islam seperti para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang berjuang demi menegakkan kalimah syahadah..aku lihat ramai dikalangan kita lebih memandang duniawi..ramai remaja islam leka dengan kehidupan yang penuh dengan janji palsu walhal sedarlah syurga yang kekal abadi untuk seorang yang beriman bertakwa kepadanya...
mungkin tulisan aku ini nampak lintang pukang dari sudut bahasa dan gaya penulisan tapi aku cuma tulis keluhan hati aku yang berkecamuk bila banyak fenomena yang berlaku ketas remaja islam masakini..
walaupun aku bukan la seorang yang layak untuk mengur kerana diri aku serba kekurangan tapi sekurangnya ini lah yang bakal menjadi bekalan pahala diakhirat bila mana sekurangnya seorang insan membaca artikel ini mengambil sedikit keinsafan kembali kepangkuan islam yang hakiki..
ibu bapa zaman sekarang lebih menitik beratkan soal ijazah dan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan dari menitikberat adakah seorang anaknya mampu memandikan jenazahnya bila saat dia bergelar Allahyarham ataupun Allahyarhamah..mampukah anaknya mengimamkan jenazahnya..adakah anaknya mampu mendoakan kesajahteraannya iaitu doa anak yang soleh kepada jenazah ibu serta ayahnya...
tolong la wahai orang yang bijak agama jangan la hanya tahu memarahi kami atas kejahilan kami tapi bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang..jangan la bilamana satu saat ketika kamu semua dipertanggungjawab atas ilmu yang kamu miliki tapi tak mencurahkan kepada insan yang memerlukan bimbingan kamu..
pergila cari mereka yang leka itu bimbinglah mereka bukan dengan mengharapkan mereka mencari kamu untuk menuntut ilmu..adakah jikalau dengan berbuat seperti itu maka hilang darjat kamu sebagai seorang yang dipandang mulia ibarat minyak wangi dicurahkan kelongkang untuk mewangikan longkang tersebut..tak salahkan cuci longkang sampai bersih kemudian curahkan minyak wangi tersebut maka wangilah longkang tersebut...walaupun sekejap kemudian longkang tetap kembali busuk tapi jikalau berterusan maka wangi tu pun tetap akan berterusankan(penggunaan tatabahasa yang diolah sendiri)
aku merayu marilah sama-sama kembali kepangkuan islam yang asli...
yang baik itu datang dari Allah S,W,T yang buruk itu datang dari kejahilan saya tapi semoga Allah merahmati saya dalam menjalani kehidupan seorang muslim sejati...wassalam


Friday, June 27, 2008

EsOk MaSiH AdA


Di satu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah kepada orang lain adalah kesukaannya.

Ketika dia menyedari kesalahannya dan ingin minta maaf, dia selalu berkata, “Tidak apalah, esok sajalah.”

Dia semakin membesar, sekolah adalah tempat sangat menyenangkan baginya. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu biasa-biasa saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik-baik dengan teman rapatnya. Alasannya, “Tidak apa-apa, esok-esok pun boleh.”

Kemudian, teman rapatnya itu tidak lagi menjadi temannya. Walaupun dia masih sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Tapi itu bukanlah masalah, kerana dia masih punya ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatnya sibuk. Dia bertemu seorang wanita yang sangat cantik dan baik. Wanita ini kemudian menjadi kekasihnya. Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin mencapai tahap paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, walaupun melalui telefon. Dia selalu berkata, “Ah, aku penat, esok saja aku hubungin mereka.” Ini tidak terlalu mengganggunya kerana dia punya teman-teman sekerja yang mudah diajak keluar.

Waktu terus berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia menikah dan punya anak, dia bekerja lebih keras agar dalam membahagiakan keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari ulang tahun isterinya dan juga hari pernikahan mereka. Itu tidak masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Tentu, kadang-kadang dia rasa bersalah dan sangat ingin punya kesempatan untuk mengatakan pada isterinya “Aku cinta kamu”, tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, “Tak apa, esok pastu aku akan mengucapkannya.”

Dia tidak pernah sempat meraikan ulang tahun anak-anaknya, tapi dia tidak tahu hal itu akan memberi kesan terhadap anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhinya, dan tidak pernah benar-benar menghabiskan waktu dengan dia sebagai ayah mereka.

Suatu hari, berlaku kemalangan dan isterinya tewas. Ketika kejadian itu berlaku, dia ada di situ. Belum sempat berkata “Aku cinta kamu”, isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya dan mencuba menghibur diri bersama anak-anaknya.

Tetapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak pernah mahu berkomunikasi dengannya. Anak-anaknya telah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli dengan dia yang telah tua, yang pada masa lalunya tidak pernah meluangkan waktu untuk mereka.

Saat mulai renta, dia pindah ke rumah orang tua-tua. Dia menggunakan wang yang mula disimpannya untuk menyambut ulang tahun pernikahan ke 50, 60, dan 70. Pada mulanya wang itu akan digunakannya untuk pergi ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya, tapi kini digunakan untuk membayar tempat kediamannya. Sejak itu sehingga dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan jururawat yang merawatnya. Dia kini merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Saat di hujung nyawanya, dia memanggil seorang jururawat dan berkata kepadanya, “Andai saja aku menyedari ini sejak dulu….” Kemudian perlahan-lahan dia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan air mata di pipinya.

Apa yang harus kita fiirkan, waktu itu tak pernah berhenti. Kita terus maju dan maju, sebelum benar-benar menyedari, kita ternyata telah maju terlalu jauh. Jika kita pernah bertengkar, segera berbaik-baik! Jika kita berasa ingin mendengar suara teman-teman, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhirnya, tapi ini yang paling penting, jika kita berasa ingin berkata kepada seseorang bahawa kita sayang dia, jangan tunggu sampai terlambat. Jika kita terus berfikir bahawa esok-esok saja kita akan memberitahunya, hari ini tidak pernah akan datang.

Jika kita selalu fikir bahawa besok akan datang, maka “besok” akan pergi begitu cepatnya hingga kita baru sedar bahawa waktu telah meninggalkan kita.

KeInGiNaN DaN ImPiAn


Muhammad Ali mengatakan bahawa si juara dihasilkan dari keinginan, impian, dan visi. Sementara, Dennis Waitley, mengatakan bahawa pemenang selalu mengatakan ’saya akan’ dan ’saya boleh’. Ini adalah pekerjaan fikiran. Memang tidak nyata tetapi akan membawa impak yang luar biasa bagi kehidupan kita jika fikiran kita sudah diletakkan seperti yang dijelaskan tadi.

Keinginan datang dari fikiran. Semua orang memiliki fikiran, jadi semua orang boleh memiliki keinginan. Bahkan, memang semua orang punya keinginan. Siapa yang tidak? Lalu mengapa tidak semua orang menjadi orang sukses. Tentu saja keinginan yang membawa kepada kesuksesan berbeza dengan keinginan biasa. Keinginan yang membawa kepada sukses adalah keingianan yang sangat jelas dan keinginan yang memberikan dorongan yang besar untuk mencapainya. Bukan sekadar keinginan yang bila tercapai tidak membawa impak, begitu juga jika tidak. Bukan juga keinginan yang samar, seperti saya ingin bahagia dan saya ingin kaya.

Apa bezanya keinginan dan impian? Impian adalah bahagian dari keinginan. Impian memiliki makna lebih khusus, impian digunakan untuk keinginan yang besar, keinginan yang menurut kebanyakan orang sulit atau tidak mungkin dicapai. Sudahkah kita punya impian? Sementara visi adalah gambaran dari impian tersebut, dimana impian tersebut seakan-akan sudah kita capai. Visi adalah gambaran kita masa depan, ketika semua keinginan kita tercapai.

Al-Quran, dengan indah membangun visi manusia. Visi ketika berada di syurga. Gambaran indah syurga seakan-akan sudah terjadi pada diri kita. Gambaran syurga yang indah begitu sering diulang-ulang dalam Al-Quran dan juga kita dianjuarkan untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin. Hikmah yang dapat kita ambil adalah agar visi kita di akhirat tersebut melekat dalam kepala kita sehingga memiliki dorongan kuat untuk mencapainya.

Berikut adalah salah satu contoh bagaimana gambaran syurga diberitahukan kepada manusia.

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
(QS Al Baqarah[2]:25)

Masih banyak lagi gambaran indah tentang syurga baik dalam ayat Al-Quran mahupun hadis.

Fikiran positif, yang salah satunya memiliki visi hidup yang jelas baik dunia mahupun akhirat insya-Allah akan membawa kita kepada keberhasilan. Fikiran positif lainnya ialah selalu berkata ’saya boleh’ dan ’saya akan’. Meskipun secara islami akan lebih baik jika di tambah dengan kata insya-Allah. Kata-kata ’saya akan’ dan ’saya boleh’ adalah refleksi dari fikiran positif yang tidak menyerah pada keadaan, apapun keadaan yang dilaluinya

Sunday, June 22, 2008

SoLaT IsTiKhAraH



Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Rasulullah saw. pun telah mengajarkan doa istikharah (menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandung permohonan mengubah takdir-Nya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini. … dan TAKDIRKANLAH kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.“

ANtaRA IbU,BaPA DaN KeKaSiH HaTi?

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan
http://webblog.myjodoh.net

PeRinGaTAn WaHaI aNak

CORETAN DARI SEORANG TEMAN

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,
bimbang
dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.
Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.
Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya
diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana
saya
hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu
mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik
ke
rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri
pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."
Emak
menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak
ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat
dengan
Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.
Mama
ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya
genggam
erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah
mama
luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah,
tapi
mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa"
Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu
bersuara
tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak
lupakan dan
sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
Kadang-kadang
ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan
peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."
Saya
terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal
ketika
adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen
ayah
memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?"
Mama
mula menangis. Saya tunduk.

Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik
peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri
bagitau
mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja.
Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.
Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh
terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika
itu
kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras
pergi
juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya
meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari
ini
mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang
terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap
tuhan
dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air
sungai
jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh
dosa
yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada
Allah
hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin
dibantu
Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli
keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu
kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program
motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus.
Bukan
niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang
dapat
berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya
dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën
Sabri,
bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui,
penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu
untuk
pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan
telefon."Ën
Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau
tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya
bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program
tersebut
dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur
dan
sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai
di
kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan
kerana
selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang
penuh
syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama
ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan
dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam
rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak
rasa
sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak
kandung
sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak
ini
sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'Ăłrang tua bodoh. Tak ada
otak'"
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar
yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor
lalu
si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari
kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar
mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang
berdarah
muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada
otak
ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak
diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
di
sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada
tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku
atau
tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan
sentiasa
minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari
seorang
ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan
sesungguhnya
kepada ibu bapa?..

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

****AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS....
SESUNGGUHNYA SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU....
RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KERANA KITA
MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA
http://bdk-cute.blogdrive.com

Thursday, June 12, 2008

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.
(http://ibnuqalil.blogspot.com)

Thursday, June 5, 2008


ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR

Agar kita rela menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. kepada kita, maka di dalam hal ini perlu kita mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita itu. Dengan demikian kita akan mengetahui mana-mana akan ketentuan-ketentuan yang harus kita terima dengan seadanya, dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha merubahnya.

Di dalam hal ini ada dia takdir yang perlu kita ketahui iaitu:

A. TAKDIR MUBRAM

Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.

Sebagai contoh:

Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya:"

(Al-Araf:34)

Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir yang tidak dapat manusia nak elakkan.

B. TAKDIR MU'ALLAQ

Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan akal fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha ke arah tercapainya cita-cita.

Bangsa yang dijajah akan berusaha untuk merdeka.Orang yang termasuk dalam lumpur akan berusaha naik ke tempat yang selamat, orang yang sakit akan berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang sempurna.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah firmannya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri."

(Ar-Ra'ad: 11)

Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab diatas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri."

(An-Nisa':79)

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih,salah sangka, salah jalan,salah usaha, baik dengan sengaja ataupun tidak.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adlah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)".

(asy-Syura :30)

Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala ketahuilah bahawa diri sedang diuji oleh Allah SWT.

Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau miskin sebagaimana firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin."

(An-Najm:48)

Pada yang kaya hendak bersyukur dan gunakanlah harta ke jalan Allah sebaliknya Allah SWT. juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup dalam kesusahan, kemiskinan akan selalu diterima nya dengan rasa syukur sebagai nikmat dan ujian dari-Nya.

Firman -Nya:

"Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan."

(An-Najm:42)

Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakailah kamu baju besi , duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali ajal itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian.

Maksud firman Nya:

" Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang -orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan keluar juga je tempat mereka terbunuh."

(Al-Imran:154)

Dan sama sekali kita tida boleh mengelakkan kematian. Firman AllahTa'ala maksudnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal.Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya."

(Al-Ankabut:57-59)
Cari eBlogR#Ll }4@2f-]

Monday, June 2, 2008

IkATaN SuCi



Mungkin kalian pernah diajukan soalan oleh teman mahupun kenalan, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Maka gelabahlah bagi mereka yang terlalu sensitif dengan soalan ini lebih-lebih lagi bagi muslimat. Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” atau kadang-kadang, "Belum ada rezeki lagi.." Ada juga memberi jawapan, "Nak bantu keluarga dulu.." Baiklah, mungkin selepas ini kalian akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai.

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. Segala sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari Qiyamat telah tertulis di Lauh Mahfudz, kerana sejak permulaan menciptakan Qalam Allah telah berfirman kepadanya dalam hadith qudsi riwayat Bukhari dan Muslim : "Tulislah", Dia (Qalam) bertanya : "Wahai Rabb-ku, apa yang harus aku tulis?" Allah berfirman : "Tulislah segala sesuatu yang terjadi". Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. Lalu Allah memerintahkan Malaikat untuk menulis empat perkara iaitu ajal, rezeki, amal, celaka atau beruntung. Menurut Ulama' Ahli Sunnah yang dimaksud rezeki itu mencakupi rezeki zahir dan rezeki batin. Dan rezeki batin itu adalah jodoh. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin juga pernah menghuraikan perkara yang sama.

Kalau sebab miskin ataupun tiada duit, itu bukan persoalan utama. Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang ingin bernikah, dalam surah an-Nur ayat 32 Allah berfirman yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

Rasulullah S.A.W menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya yang bermaksud : "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah. Apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Nah, ini jawapan yang Aku cari dan persembahkan buat sahabat-sahabat yang bertanya, mengapa masih belum berumahtangga lagi. Sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat dalam soal jodoh. Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “Kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “Semua ini adalah rahmat Allah.” Wallahu’alam
http://www.ibnuqalil.blogspot.com

(aku tetarik dengan

Friday, May 30, 2008

ReNUngaN buat INSan BErnama ISTERI

jangan biarkan suami anda berwasiat seperti ini seblemu ajal menjemputnya pulang ke rahmatullah
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."









"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."


HidAyah Allah S.W.T

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-
Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga
seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "
cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung,
tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar
dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni,
walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa
lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus
mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada
yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah
itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil
lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-
rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke
rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat
perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya
yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa
yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia
berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...
saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya
dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi
saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang,
dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit
hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga
ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik
diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik
boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini
tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari
yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri
dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi
ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal
jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah
kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya
tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai
tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,
segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita
semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan
tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang
sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat
baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium
segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju
maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang
syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu
selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang
diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana
seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang
kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya
dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh
matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan
anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di
alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan
masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam
dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk
manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya
namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis
kerana hari itu Allah SWT murka...

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas
membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil
hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada
hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya
oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha
Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca
kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan
airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil
dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah
melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu
mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak
pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan
sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT
menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.

Thursday, May 29, 2008

FikirRLaH Wahai KAwanKU....

Masa juga menjadi sebab utama mengapa saya meninggalkan Friendster. Kebanyakkan orang memiliki alasan ini untuk meninggalkan Friendster. Seorang rakan saya, memberitahu bahawa semasa di zaman Friendsternya, secara purata dia menghabiskan 3 jam sehari melayari Friendster. Ya, 3 jam. Oleh kerana sehari ada 24 jam, maka dia menghabiskan 1/8 waktu hariannya di Friendster.

Saya pula dalam 1 jam sehari. Tapi apa yang saya dapat dalam 1 jam melihat profil sekian-sekian orang, yang kadang-kala tiada kaitan langsung dengan diri saya? Saya mungkin tidak mendapat dosa dengan melihatnya (belum tentu lagi), tapi saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang lagha dan tidak ada manfaat, baik bagi kehidupan dunia mahu pun akhirat. Kalau ada manfaat dunia, masih okay lagi, tetapi apabila saya memikirkan tiada langsung manfaat dunia dan akhirat, lebih bagus saya belajar buat roti canai.

Di dalam bab fiqh Islam, ada satu masalah furu' yang bersifat khilaf tentang hukum bermain catur. Para fuqaha berbahagi-bahagi pendapat tentang hukumnya. Pendapat majoriti fuqaha mazhab Hanbali adalah haram bermain catur, dan hukum haram ini adalah hukum paling kuat ataupun rajih di dalam mazhab Hanafi. Ada juga ulama yang mengelaskan hukum bermain catur sebagai jatuh dalam grey area. Malah ada juga ulama-ulama besar yang mengatakan harus hukum bermain catur. Dalam mazhab Shafi'i pula, hukum bermain catur tidaklah haram, cuma ia tidak digalakkan.2

Namun demikian, secara umumnya hukum pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh para fuqaha itu ada melibatkan konsep masa. Ulama-ulama ini bimbang kalau-kalau umat Islam terlalu asyik dan leka bermain catur. Para ulama adalah golongan manusia yang benar-benar memahami dan menghargai nikmat masa yang Allah kurniakan ke atas kita. Bagi mereka, satu saat yang digunakan secara sia-sia akan membuatkan manusia menangis dan benar-benar menyesal di hari Akhirat nanti.

Bayangkan, bagaimana agaknya kalau para ulama yang mengeluarkan hukum bermain catur itu masih lagi hidup pada hari ini, dan kemudiannya mereka melihat pemuda-pemudi Islam menghabiskan banyak masa mereka di Friendster, MySpace, X-Box, PS3, anime, soap opera, Yahoo Messenger, dan sebagainya? Ini realiti remaja Islam sekarang. Perjuangan Islam memerlukan tenaga orang muda. Adakah orang muda Islam hari ini mampu melakukan sehebat Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Istanbul (Constantinople) dari cengkaman Empayar Byzantine ketika usianya baru sahaja 21 tahun?

Saya sudah pun melepasi had umur 21 tahun, dan saya masih tidak melakukan sumbangan besar kepada Islam. Adakah anda mampu memecahkan rekod Sultan Muhammad al-Fatih, seperti dengan membebaskan kota Palestin dari rejim Zionis pada usia 20 tahun?

Mungkin itu terlalu besar bagi diri kita. Ibarat mahu mengumpul bintang-bintang di langit. Taqwa kita dan taqwa Sultan Muhammad al-Fatih besar bezanya. Taqwa yang lemah tidak mampu menggentarkan Zionis dan musuh-musuh Islam yang lain. Maka, kita beralih kepada sesuatu yang lebih kecil. Bolehkah kita pada hari ini, sekurang-kurangnya membaca setengah juzuk Al-Quran setiap hari? Angkat tangan siapa boleh!

Saya tahu, tak ramai yang mampu. Setengah juzuk Al-Quran hanya memerlukan kira-kira 30 minit untuk membacanya. 30 minit terasa seperti 30 jam apabila orang-orang yang berhati kotor membaca Al-Quran. Tetapi kita dengan mudah mampu melayari Friendster sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Aneh bukan? Mungkin ini ada kaitannya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Einstein. Satu petikan kata-katanya untuk menjelaskan teori relativiti yang kompleks ke dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam ialah:

"Put your hand on a hot stove for a minute, and it seems like an hour. Sit with a pretty girl for an hour, and it seems like a minute. That's relativity."


Agaknya pada hari ini, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa umat Islam, tanpa mereka sedari telah memiliki satu rumus paradigma: hot stove = Al-Quran, dan pretty girl = Friendster.


PERUBAHAN
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tentang Friendster. Tidak mengapa. Saya tidak paksa anda untuk meninggalkannya secara serta-merta. Sebab itu artikel ini bertajuk Kempen Menjauhi Friendster, dan bukannya Kempen Memboikot Friendster. Saya tidak syadid atau keraskan perkara ini kepada anda. Saya hanya syadid pada diri saya sendiri. Saya bimbang kalau-kalau saya ketagih Friendster, maka saya gunakan kaedah cold turkey3 untuk mengatasinya.

Bagaimana saya mampu untuk menghalang manusia dari menyertai komuniti sosial maya ini, sedangkan ia semakin menjadi budaya kehidupan manusia zaman moden? Pada tahun 2006, carian utama di Google adalah Bebo (tangga pertama) dan MySpace (tangga ke-2)4. Bebo juga merupakan satu lagi rangkaian sosial maya yang semakin meraih populariti masyarakat dunia. MySpace, Bebo, Friendster, dan lain-lain, adalah realiti hari ini.

Tapi percayalah, hati manusia itu sifatnya sentiasa berubah. Mungkin hari ini anda memandang Friendster itu sebagai sesuatu yang elok dan bermanfaat. Saya juga begitu satu ketika dahulu. Tetapi, apabila alam ini semakin mendewasakan saya, pandangan dan paradigma saya telah berubah. Sama ada kita sedari atau tidak, satu hari nanti kita pasti akan berubah dan menjadi semakin dewasa (hanya semata-mata anda berumur 40 tahun, itu tidak bermakna anda telah dewasa). Muhammad Ali, bekas jaguh tinju termasyhur di dunia pernah berkata:

A man who views the world the same at fifty as he did at twenty, has wasted thirty years of his life.



Satu hari nanti, apabila datang detiknya anda tiba-tiba terfikir untuk meninggalkan alam Friendster, maka janganlah ragu-ragu untuk melaksanakannya. Sedangkan pengasas Friendster sendiri, iaitu Jonathan Abrams juga telah meninggalkan Friendster, mengapa anda juga tidak boleh? Apa yang bezanya, selepas Jonathan Abrams meninggalkan Friendster, beliau telah melabur di dalam sebuah kelab malam di San Francisco, iaitu Slide. Dan kemudian mengasaskan satu lagi rangkaian sosial lain, dinamakan Socializr pada tahun 2006.

Jonathan Abrams mengasaskan Friendster dan Socializr dengan matlamat asalnya yang berbeza. Beliau mendapat idea menubuhkan Friendster setelah dia gagal dalam percintaan. Jonathan Abrams tidak boleh hidup tanpa kehadiran wanita di sisinya. Maka dengan kewujudan Friendster, ia akan membantu Jonathan Abrams untuk mencari teman wanita yang baru yang cantik5. Socializr pula diwujudkan dengan bisnes dan wang sebagai matlamat utama setelah Friendster memasuki zaman suramnya (yang akhirnya membawa kepada penarikan dirinya dari syarikat yang diasaskan olehnya ini).

Kita selaku umat Islam, janganlah setelah meninggalkan Friendster dan kemudian terlibat aktif pula di dalam MySpace! Kita umat Islam mesti memiliki pandangan hidup yang berbeza dengan mereka yang bukan Islam. Matlamat kita akhirat, bukan dunia. Dunia adalah alat, dan akhirat itu matlamat. Maka gunakanlah alat-alat yang ada di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, setelah kita menarik diri dari Friendster, fokuskan usaha kita pada perkara-perkara yang lebih membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Bak kata Sidi Ahmad al-Zarruq6 di dalam wasiatnya:

"Berkerjalah di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tetapi beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Renungkanlah

Petikan ni saya copy drpd yahoo
group...bile baca memang best dan
benar-benar menyentuh hati
saya...sekadar untuk berkongsi serta
mengingatkan diri sendiri..kerana
sebagai insan biasa kite sering
terlupa...we are not belong to
ourself...

Renungan buat yang sedang mencari
pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia
Biasa .......
(SUMBER: DARI MEMBER TERDEKAT SAYA)
Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin
menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu
memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula
dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat
menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini saya masih ingat setiap detail
percakapannya. Jawaban dari salah
seorang teman yang baru saja menikah.
Proses menuju pernikahannya
sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan
2 bulan. Kemudian membuat
keputusan menikah. Persiapan
pernikahan mereka hanya dilakukan
dalam
waktu sebulan saja. Kalau dia seorang
akhwat, saya tidak hairan.
Proses pernikahan seperti ini selalu
dilakukan. Dia bukanlah akhwat,
sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia jenis wanita yang sangat
berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat
dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah,
saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi
saya berdoa, semoga ucapannya
menjadi kenyataan. Saya tidak ingin
melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia
menyebutkan tarikh
pernikahannya. Serta meminta saya
untuk memohon cuti, agar dapat
menemaninya semasa majlis pernikahan.
Begitu banyak pertanyaan
dikepala saya. Sebenarnya.. ...!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu
mudah menerima lelaki itu. Ada
apakah gerangan? Tentu suatu hal yang
istimewa. Hingga dia boleh
memutuskan untuk bernikah secepat ini.
Tapi sayang, saya sedang sibuk
ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya
mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa kali dia menelefon saya untuk
meminta pendapat tentang
beberapa perkara. Beberapa kali saya
telefon dia untuk menanyakan
perkembangan persiapan pernikahannya.
That's all......Kami tenggelam
dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum
pernikahannya. Selama cuti itu
saya memutuskan untuk menginap
dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum
pernikahannya, baru kami dapat
berbual -
hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan
akad nikah besok pagi, sungguh
membelenggu kami. Pada awalnya kami
ingin berbual tentang banyak
hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual
berdua. Ada banyak hal yang ingin
saya tanyakan. Dia juga ingin
bercerita banyak perkara kepada saya.
Beberapa kali Mamanya mengetok pintu,
meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang
saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka
kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon
bilik dan menggantinya dengan
lampu yang samar. Kami meneruskan
perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak
kami lakukan. Kami berbual
banyak perkara, tentang masa lalu dan
impian-impian kami. Wajah
keriangannya nampak jelas dalam
kesamaran. Memunculkan aura cinta
yang menerangi bilik ketika itu.
Hingga akhirnya terlontar juga
sebuah pertanyaan yang selama ini saya
pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia
tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya sambil meraih HP dibawah
bantalku. Perlahan dia membuka
laci meja hiasnya. Dengan bantuan
lampu LCD HP dia mengais lembaran
kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu
menyerahkan sekeping envelop
kepada saya. Saya menerima HP dari
tangannya. Envelop putih panjang
dengan cop surat syarikat tempat calon
suaminya bekerja. Apa ni. Saya
melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia
malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik
keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih.
Hehehehehehe. ........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-
gelengka n kepala sambil menahan
senyum. Sementara dia cuma ketawa
melihat ekspresi saya.. Saya mula
membacanya.Saya membaca satu kalimat
diatas, dibarisan paling atas.
Dan sampai saat inipun saya masih
hafal dengan kata-katanya. Begini
isi surat itu…......

************ ********* *********
********* ********* *********
********* ********* *********
********* ********* *********
*********
********* ********* *********
********* ********* *******

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak
saya, calon menantu Ibu saya
dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Tapi saya mohon bacalah surat
ini hingga akhir. Baru kemudian
silakan dibuang atau dibakar, tapi
saya mohon, bacalah dulu sampai
selesai.

Saya, yang bernama ............ ...
menginginkan
anda ............ ... untuk menjadi
isteri saya. Saya bukan siapa-
siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat
masa ini saya mempunyai
pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah
kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha
mendapatkan rezeki untuk
mencukupi keperluan isteri dan anak-
anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan
saya tidak tahu apakah
kemudiannya akan terus menyewa
selamannya. Yang pasti, saya akan
tetap berusaha agar isteri dan anak-
anak saya tidak kepanasan dan
tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang
punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda
untuk mendampingi saya. Untuk
menutupi kelemahan saya dan
mengendalikan kelebihan saya. Saya
hanya
manusia biasa.. Cinta saya juga biasa
saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan
anda supaya membantu saya memupuk
dan merawat cinta ini, agar menjadi
luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti
dapat bersama-sama sampai mati.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh
saya. Yang pasti saya akan
berusaha sekuat tenaga menjadi suami
dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat
ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat
istiqarah berkali-kali, dan saya
semakin mantap memilih anda..

Yang saya tahu, Saya memilih anda
kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama
saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
tidak berani menjanjikan apa-apa, saya
hanya berusaha sekuat mungkin
menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah
dulu sebelum memberi jawaban pada
saya. Saya beri masa minima 1 minggu,
maksima 1 bulan. Semoga Allah
ridho dengan jalan yang kita tempuh
ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********
********* ********* *********
********* ********* ********* *** *
********* ********* *********
*** ***** ********* ***

Saya memandang surat itu lama. Berkali-
kali saya membacanya. Baru
kali ini saya membaca surat 'lamaran'
yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa
janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga. Surat cinta
biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya.
Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia
menjawab mantap. "Dia sedar
bahawa dia manusia biasa. Dia masih
punya Allah yang mengatur
hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha
tapi dia tidak menjanjikan apa-
apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang
akan terjadi pada kami kemudian
hari. Entah kenapa, justru itu
memberikan kesenangan tersendiri buat
aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya
hari ini belum tentu besok masih
ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku
tau bahawa dia tidak akan frust
kalau suatu masa nanti kami jadi
miskin.

"Ssttt...... .." Saya menutup
mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau
kami belum tidur. Terdiam kami
memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar
nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup
mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku
pula yang dimarahi Mama." Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak
boleh pejam. Percakapan kami
tadi masih terngiang terus ditelinga
saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab
tanpa menoleh padanya. Saya
ingin dia tidur, agar dia kelihatan
cantik besok pagi. Rasa mengantuk
saya telah hilang, rasanya tidak akan
tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan
saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiannya.
Sedar bahawa ada hal lain yang
mengatur segala kehidupannya. Begitu
juga dengan sebuah pernikahan.
Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh
ditiupkan dalam rahim. Tidak
ada seorang pun yang tahu bagaimana
dan berapa lama pernikahannya
kelak.

Lalu menjadikan proses menuju
pernikahan bukanlah sebagai beban
tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa
indah bila proses menuju
pernikahan mengabaikan harta, tahta
dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat
dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri
bukanlah dijadikan
pertimbangan yang utama. Pernikahan
hanya dilandasi kerana Allah
semata. Diniatkan untuk ibadah.
Menyerahkan segalanya pada Allah yang
membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan
hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu memudahkan segala urusan.
Hanya Allah yang mampu
menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan
Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya
Allah jua yang akan menjaga
ketenangan dan kemantapan untuk
menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu
proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian
merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan
indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh
kerana suami/isteri (belahan
jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua
manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta
yang luar biasa. Amin.